DALAM HAL APA SOLAT ISTIKHARAH DILAKUKAN?
Solat istikharah dilakukan dalam setiap permasalahan yang bersifat mubah, baik itu permasalahan yang penting ataupun permasalahan yang dianggap 'sepele' (remeh), kerana tidak boleh meremehkan sebuah urusan tertentu dalam hal agama ini.
Al-Hafizh Ibnu Hajar asy-Syafi'i رحمه الله mengatakan :
❝(Anjuran ini) mencakup setiap permasalahan, baik itu permasalahan yang besar atau remeh, boleh jadi perkara yang remeh tersebut menjadi suatu perkara yang besar.❞ (Fathul Bari 11/148)
Apakah boleh melakukan solat istikharah untuk sebuah rencana haram atau makruh (perkara yang dibenci oleh Allah)?
Maka tidak boleh melakukan solat istikharah untuk hal tersebut. Kerana perkara yang haram sudah jelas harus ditinggalkan, sedangkan yang makruh selayaknya untuk ditinggalkan kerana hal tersebut dibenci oleh Allah ﷻ dan bukan alasan untuk boleh dilanggar.
Demikian pula dengan perkara yang wajib atau sunnah, maka tidak perlu solat istikharah dalam kedua perkara tersebut.
Diusahakan solat istikharah tidak dilakukan diwaktu-waktu yang terlarang, seperti ketika matahari terbit atau tenggelam matahari dan disaat matahari berada tepat di atas kita. Kecuali dalam kondisi yang tidak dapat untuk ditunda lagi.
Disalin dari Buletin Saku al-Ilmu, edisi 18/1435 H/2014M
WhatsApp طريق السلف 📚