Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

wasiat asy-syaikh al-‘allamah rabi’ bin hadi umair al-madkhali

2 hari yang lalu
baca 6 menit
Wasiat Asy-Syaikh Al-‘Allamah Rabi’ Bin Hadi Umair Al-Madkhali

Wasiat Asy-Syaikh Al-‘Allamah Rabi’ Bin Hadi Umair Al-Madkhali

Beliau رحمه الله wafat pada malam Khamis, 15 Muharram 1447H. Disolatkan di Masjid Nabawi pada fajar Khamis dan dikuburkan di perkuburan Baqi’, Madinah.

إنَّ الْحَمْدَ لِلهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ} (آلعمران: 102)
{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} (النساء: 1)
{يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا} (الأحزاب: 70، 71)
أَمَّا بَعْدُ :
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهِ، وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وآله وسلم، وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّار

Ini merupakan wasiat kepada segenap kaum muslimin dari seorang hamba yang lemah yang telah mendekati untuk berpisah dari dunia ini menuju akhirat, agar mereka semua bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya takwa dan agar mereka semua berpegang teguh dengan taliNya. Agar mereka pula tidak berpecah belah. Agar tidak pula memecah belah agama mereka, kerana pada ketakwaan kepada Allah dan dengan berpegang teguh dengan taliNya baik itu Al-Qur’an mahupun Sunnah, (itu adalah) jaminan kebahagiaan mereka dan kemuliaan mereka di dunia mahupun akhirat. Adapun perpecahan dan perselisihan mengakibatkan kehinaan bagi mereka dan kerendahan bagi mereka serta tidak mungkin mereka akan bersatu dan menyatu saf mereka di atas sesuatu kecuali di atas Al-Qur’an Kitab Allah dan Sunnah rasulNya. Maka kewajiban bagi mereka semua untuk mengambil dan melakukan sebab yang agung ini, yang akan menjamin kebahagiaan mereka di dunia serta akhirat.

Agar mereka pula menjauh dari segala yang bertentangan dengan itu iaitu dari perpecahan dan perselisihan yang kedua-duanya merupakan sebab celaka dan kehinaan di dunia serta akhirat.

Aku wasiatkan pula kepada segenap Salafiyin yang memiliki kelebihan berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan Sunnah serta dakwah agar untuk menggandakan upaya serta jerih payah mereka dalam membenahi (memperbaiki) keadaan kaum muslimin baik dalam urusan aqidah, ibadah, politik, ekonomi, sosial mahupun yang lainnya dari segala lini (liku) kehidupan kaum muslimin yang mana wajib semua itu untuk bertumpu kepada Al-Qur’an Kitab Allah dan Sunnah rasulNya. Agar mereka menjelaskan kepada segenap kaum muslimin tentang niat baik mereka, tujuan mulia mereka bahawa mereka tidak menginginkan dari umat ini kecuali kebaikan. Mereka tidak mengharapkan kecuali agar umat ini terselamatkan dari segala keburukan dan kemerosotan yang telah menimpa umat ini akibat mereka jauh dari berpegang teguh dengan Al-Qur’an dan Sunnah.

Aku wasiatkan pula kepada segenap para penuntut ilmu dan para ulama dengan segala perbezaan disiplin ilmu mereka agar bertakwa kepada Allah terhadap umat ini, bertakwalah kepada Allah pada umat ini, agar mereka semua berusaha dengan segala kemampuan mereka untuk mengembalikan umat ini kepada Kitab Allah Al-Qur’an dan Sunnah rasulNya serta bertauladan kepada Salafussoleh, baik itu dalam aqidah, ibadah, politik, sosial serta akhlak. Dan agar mereka menjauh sejauh jauhnya dari segala hawa nafsu dan dari segala sebab perselisihan yang telah merosak dan menghancurkan umat ini.

Dan sekarang telah tiba saatnya bagi mereka untuk mempersiapkan diri lebih serius bagi merealisasikan tujuan mulia itu agar mereka pula menjauhkan kaum muslimin dari segala yang menjerumuskan mereka kepada kelemahan dan kehinaan. Dan tidak akan membenahi (memperbaiki) umat ini kecuali dengan sesuatu yang telah membenahi (memperbaiki) generasi awal umat ini.

Agar semua pihak mengerti dan faham bahawa umat ini tidaklah mendapat kebaikan di atas seluruh umat yang ada kecuali kerana umat ini adalah umat terbaik yang dikeluarkan di hadapan seluruh umat, kerana mereka beramar ma’ruf bernahi munkar dan beriman kepada Allah.

Kaum muslimin di generasi pertama umat ini dari kalangan para Sahabat nabi dan yang mengikuti mereka dengan baik dari kalangan para Imam Tabi’in telah mendapati kebaikan ini dengan kesaksian Rasulullah ﷺ:

خيركم قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم يكون بعدهم قوم يشهدون ولا يستشهدون وينذرون ولا يوفون وتظهر فيهم السمن

“Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian yang setelahnya, kemudian yang setelahnya. Kemudian datang setelah setelah mereka kaum yang mereka itu bersaksi padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka bernazar namun tidak mereka tunaikan nazarnya dan banyak tampak pada mereka kegemukan.” (HR Bukhari dan Muslim dari Imron bin Husain)

Demikian pula sabda baginda ﷺ:

يذهب الصالحون الأول فالأول و يبقى حفالة كحفالة الشعير أو التمر لا يباليهم الله تعالى بالة

“Orang-orang soleh akan pergi satu demi satu dan yang tersisa adalah orang-orang rendah seperti kulit gandum dan kurma yang terbuang yang Allah tidak akan mempedulikan mereka.” (HR Bukhari dan Ahmad dari Mirdas al-Aslamiy)

Maka kewajiban segenap penuntut ilmu agar bernasihat untuk Allah (ikhlas) untuk kitabNya (diimani dan diamalkan) untuk rasulNya (ditaati) dan untuk segenap kaum mukminin dan muslimin secara umum mahupun secara khusus (pemerintah dan para ulamanya), agar Allah selamatkan kaum muslimin dari keadaan yang bagaikan buih dan tidak berkualiti, yang semua itu tidak ada sebab lain kecuali kerana mereka menjauh dari berpegang teguh dengan kitab Allah Al-Qur’an serta tidak berhukum dengan hukum Allah dan rasulNya.

Jika mereka menyatakan itu dengan penuh serius, bersungguh-sungguh dan kejujuran, maka akan terealisasi banyak dari kebaikan itu untuk umat ini. Kami memohon kepada Allah untuk mewujudkan semua itu dan agar Allah jauhkan kaum muslimin dari segala sebab kehinaan dan kerendahan dari segala sebab pemecah belah, saling hasad, saling benci, saling bermusuhan yang mana dampaknya dirasakan oleh setiap orang yang menginginkan kebaikan untuk umat ini.

Ditulis oleh murid dan anak beliau, Khalid bin Dhawi adz-Dzafiri dan beliau wasiatkan kepadaku untuk menyebarluaskannya di media massa ataupun yang lainnya. Didikte oleh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, Asar Khamis, malam 25 Dzulhijah 1420H.

رحم الله الشيخ العلامة الوالد ربيع بن هادي رحمة واسعة وأسكنه فسيح جناته

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf