Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

ulil amri ditaati – pembuka pintu kesuksesan hakiki (bahagian 1)

9 tahun yang lalu
baca 5 menit
Ulil Amri Ditaati – Pembuka Pintu Kesuksesan Hakiki (Bahagian 1)

🌸🌷🌸🌷🌸🌷🌸🌷🌸
Ulil Amri Ditaati – Pembuka Pintu Kesuksesan Hakiki (Bahagian 1)

☝🏽Pembaca yang semoga dirahmati oleh Allah. Merupakan sebuah kemestian bahawa orang yang melaksanakan ajaran Islam secara sempurna akan mencapai kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat. Di antara ajaran Islam yang penuh kasih sayang dan mengandung kebaikkan yang sangat besar adalah mentaati ulil amri.

💎 Al Imam an-Nawawi asy-Syafi’i dalam kitabnya Syarh Shahih Muslim, menukilkan pendapat para ulama bahawa yang dimaksud dengan ulil amri adalah setiap orang yang diwajibkan oleh Allah untuk ditaati, iaitu pemimpin dan umara’/pemerintah.

◾Ketaatan Kepada Ulil Amri Merupakan Bahagian Dari Ketaatan Kepada Allah & Rasul

📖 Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kalian.” (An-Nisa’: 59)

✅ Dalam ayat tersebut, Allah memerintahkan kaum mukminin untuk mentaati Allah, Rasul-Nya, dan ulil amri di tengah-tengah mereka. Maka tidak diragukan lagi bahawa ketaatan kepada ulil amri merupakan bahagian dari ketaatan kepada Allah. Tidak akan lurus dan benar urusan agama (akhirat) mahupun urusan dunia umat manusia kecuali dengan ketaatan dan ketundukkan kepada ulil amri, yang merupakan bahagian dari ketaatan kepada Allah dan sebagai langkah untuk mengharap pahala di sisi-Nya. (Tafsir as-Sa’di)

✅ Ketaatan kepada ulil amri juga merupakan bahagian dari ketaatan kepada Rasulullah, sedangkan sikap pembangkangan kepada ulil amri adalah sama saja dengan membangkang dan tidak mahu mentaati Rasulullah.

📕Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mentaatiku, maka ia telah mentaati Allah. Barangsiapa yang menentangku, maka ia telah menentang Allah. Barangsiapa yang mentaati pemimpin (di tengah-tengah umat)ku, sungguh ia telah mentaatiku. Dan barangsiapa yang membangkang terhadap pemimpin (di tengah-tengah umat)ku, maka sungguh ia telah membangkang terhadap aku.” (HR Bukhari & Muslim)

◾Dalam Hal Apa Ulil Amri Harus Ditaati?

👍🏽 Ulil amri harus ditaati ketika mereka memerintahkan kepada yang ma’ruf (baik) dan membuat langkah/keputusan yang mendatangkan kemaslahatan bersama, baik maslahat duniawi mahupun ukhrawi. Setiap peribadi muslim hendaknya bersabar untuk tetap mentaati pemerintahnya walaupun dirasa langkah/keputusan tersebut tidak ia sukai.

❎ Kalau ternyata ulil amri membuat langkah/keputusan dan mengajak kepada perbuatan maksiat atau menyelesihi syariat, maka tidak boleh ditaati. Ketaatan kepada mereka tetap harus memperhatikan dan menimbang norma dan aturan syariat. Jika memerintahkan kepada kemaksiatan, maka tidak boleh ditaati.

📕Rasulullah bersabda, “Mendengar dan mentaati (waliyyul amr) merupakan kewajipan atas setiap muslim, baik dalam hal yang ia sukai mahupun ia benci, selama ia tidak diperintahkan untuk berbuat maksiat. Jika ia diperintahkan berbuat maksiat, maka tidak ada lagi kewajipan mendengar dan mentaati (perintah tersebut).” (HR Bukhari & Muslim)

❗Atas dasar inilah, jika pemerintah menetapkan satu sistem atau membuat langkah/keputusan yang tidak sesuai dengan ajaran Islam, maka tidak ada kewajipan bagi rakyat untuk mentaati langkah/keputusan dan mengikuti sistem pemerintah tersebut, dan tentunya (dalam masa yang sama) dengan tetap memberikan rasa hormat kepada pemerintah secara global.

◾Apabila Ulil Amri Bertindak Mungkar

☝🏽Pemerintah adalah manusia biasa. Sebagaimana keumuman manusia yang jiwanya selalu didorong oleh hawa nafsunya untuk berbuat jelek, maka tidak menutup kemungkinan ulil amri yang sedang berkuasa di suatu negara pun tergoda untuk berbuat jahat kerana dorongan hawa nafsunya tersebut. Korupsi, kolusi, nepotisme, tidak memperhatikan kesejahteraan rakyat, semena-mena terhadap pihak yang tidak disukainya adalah contoh kemungkaran yang seringkali dibangkitkan oleh rakyat terhadap pemerintahnya.

☝🏽Menghadapi keadaan pemerintahan yang seperti ini, Islam telah mengajarkan kepada kita melalui sabda Nabi:

📕”Ketahuilah, barangsiapa yang memiliki penguasa, kemudian ia melihat penguasa tersebut melakukan kemaksiatan kepada Allah, maka hendaknya ia membenci perbuatan maksiatnya dan jangan sekali-kali melepaskan diri dari ketaatan kepadanya.” (HR Muslim)

☝🏽Islam mengajarkan bahawa kemaksiatan yang dilakukan oleh penguasa bukanlah alasan untuk melepaskan ketaatan dan melakukan pembangkangan terhadap mereka.

☝🏽Walaupun seandainya penguasa telah melampaui batas, mengajarkan ideologi yang bertentangan dengan ajaran Islam, berhukum dengan selain hukum Allah, bahkan menindas rakyatnya, hal ini sekali lagi bukanlah alasan bagi rakyat untuk membangkang kepada penguasanya. Rasulullah memberitakan bahawa keadaan penguasa seperti ini akan ada di tengah-tengah umat, sekaligus baginda juga mengajarkan bagaimana semestinya sikap rakyat terhadap penguasa yang seperti itu. Perhatikan dengan seksama sabda Rasulullah berikut:

📕”Sepeninggalku nanti akan ada penguasa yang tidak mengikuti petunjukku dan tidak pula menerapkan sunnah/ajaranku. Akan ada juga para penguasa tersebut yang berhati syaitan dalam jasad manusia.” Aku (sahabat Hudzaifah Ibnu Yemen) berkata, “Bagaimana sikapku jika aku mendapati yang demikian wahai Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Hendaklah engkau tetap mendengar dan taat terhadap penguasa, walaupun punggungmu dicambuk dan hartamu dirampas. Tetaplah mendengar dan taat (terhadap penguasa tersebut).” (HR Muslim)

Bersambung insyaAllah.

📂 (Buletin Al-Ilmu, Edisi 22, 1435H, ditulis oleh Ustadz Abu Abdillah)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com