Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

tiga benda yang tidak pantas ditolak

8 tahun yang lalu
baca 2 menit
Tiga Benda Yang Tidak Pantas Ditolak

🌴🌳 Tiga Benda Yang Tidak Pantas Ditolak

📕 عن ابن عمر قال قال رسول الله ثلاث لا ترد الوسائد والدهن واللبن. رواه الترمذي 10/339

📕Dari Ibnu Umar berkata Rasulullah bersabda, “Tiga yang tidak pantas untuk ditolak, (iaitu) bantal, minyak wangi dan susu. (HR Tirmidzi dan dihasankan al-Albaniy dalam Shohih Tirmidzi 2790)

✍🏽 Para ulama menjelaskan, “Hal itu kerana seorang hamba bermunajat dengan para malaikat maka baik untuk dia selalu dalam keadaan harum.

☝🏼Di dalam Kitab Mirqootul Mafatiih ada menjelaskan bermunajat dengan malaikat ertinya ketika dia berdzikir atau menyampaikan ilmu maka malaikat ada di dekatnya.

💎 Dan dalam kitab yang sama, dijelaskan juga tiga perkara di atas kecil jasanya (yang menerima tidak akan merasa punya besar hutang budi), juga ketika ditolak akan membuat terganggu (tersinggung) orang yang memberinya.”

📂 (Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

Oleh:
admin