Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

tetap adil walaupun sedang berselisih

setahun yang lalu
baca 2 menit
Tetap Adil Walaupun Sedang Berselisih

Tetap Adil Walaupun Sedang Berselisih

• Ketika para isteri Rasulullah ﷺ meminta keadilan dari Rasulullah ﷺ (terkait Aisyah kerana beliau lebih Rasulullah cintai), mereka mengutus Zainab bintu Jahsy (salah satu isteri Rasulullah). Aisyah رضي الله عنهما berkata, “Dan dia yang paling mendekatiku dibanding isteri-isteri nabi yang lain (dalam keutamaannya dan kecintaan nabi kepadanya). Akan tetapi aku tidak pernah mendapati seorang wanita yang lebih baik agamanya dari Zainab, lebih bertakwa kepada Allah, lebih jujur dalam berbicara, lebih menjaga silaturahmi dan lebih banyak bersedekah dari beliau. Namun dengan semua itu tetap beliau menganggap semua yang beliau lakukan dari amalan soleh yang beliau bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah dengannya bukan apa-apa (tawadhunya beliau). Kecuali terkadang beliau emosi, itupun beliau cepat berbenah (memperbaiki) darinya (jika beliau marah tidak berkepanjangan).” (Sunan Kubro Bayhaqi 7/488)

• Semoga Allah سبحانه وتعالى meredhai para isteri Rasulullah ﷺ. Lihatlah bagaimana Aisyah رضي الله عنهما mengakui keutamaan Zainab رضي الله عنهما dan banyak memuji Zainab, padahal dalam keadaan mereka sedang “berselisih” (antara madu) yang keumuman wanita saat berselisih akan melupakan segala keutamaan lawannya dan akan banyak berdusta, mengada-ada bahkan memfitnah lawannya.

الله يصلحهن ويهديهن

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf

Oleh:
admin