Termasuk Dari Sunnah Menjaga Perasaan Orang Lain
عن الصعب بن جثامة أنه أهدى رسول الله صلى الله عليه وسلم حمارا وحشيا وهو بالأبواء او بودان فرد عليه فلما رأى ما في وجهه قال: ”إنا لم نرده عليك إلا أنا حرم“
• Dari So’b bin Jatsamah bahawa beliau menghadiahkan kepada Rasulullah ﷺ keldai liar saat baginda di Abwa atau Wudan, namun baginda menolaknya dan ketika baginda melihat wajah So’b (berubah kerana sedih hadiahnya ditolak nabi), maka Rasulullah jelaskan, “Kami tidaklah menolak (hadiahmu) kecuali kerana kami sedang ihram”. (HR Bukhari dan Muslim)
• Hadits ini mengajarkan kepada kita:
– Mulianya akhlak Rasulullah ﷺ.
– Pentingnya menjaga perasaan saudara kita.
– Jika kita lakukan sesuatu yang menimbulkan prasangka buruk bagi orang lain atau kesalahfahaman, maka hendaklah kita jelaskan sebab dan alasannya.
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf