🍃🌿Tata Cara Solat Bagi Orang Yang Sakit🌿🍃
1️⃣Wajib bagi orang yang sakit untuk mengerjakan solat yang 5 waktu dengan cara berdiri meskipun miring (tidak tegak sempurna) atau bersandar ke tembok atau bertumpu pada tongkat.
2️⃣Jika tidak mampu berdiri, maka dengan cara duduk. Yang lebih utama dengan duduk bersila, iaitu posisi kedua kaki menyilang di bawah kedua paha ketika badan sedang tegak dan ketika ruku’.
3️⃣Jika tidak mampu duduk, maka solat dengan cara berbaring menyamping menghadap kiblat. Membaringkan yang sebelah kanan lebih utama. Jika tidak memungkinkan untuk menghadap kiblat maka solat sesuai posisi berbaringnya dan solatnya sah tanpa perlu diulang.
4️⃣Jika tidak mampu berbaring menyamping, maka solat dengan terlentang dan menjulurkan kedua kaki ke arah kiblat. Lebih utama jika kepala agak ditinggikan sedikit agar boleh menghadap kiblat. Jika tidak mampu, maka solat sebagaimana keadaannya dan tidak perlu mengulang solatnya.
5️⃣Wajib bagi orang yang sakit untuk melakukan ruku’ dan sujud ketika solat. Jika tidak mampu, maka cukup memberikan isyarat dengan menganggukkan kepala saat ruku’ dan sujud dengan posisi menunduk ketika sujud lebih rendah dari ruku’. Jika hanya mampu menunduk seukuran ruku’ dan tidak mampu lebih rendah lagi, maka tetap ruku’ (seperti biasa) lalu menunduk untuk sujud. Jika hanya mampu menunduk seukuran sujud (rendah), maka tetap ruku’ dengan ukuran tersebut lalu menunduk untuk sujud (seperti biasa).
6️⃣ Jika tidak mampu menundukkan kepala ketika ruku’ dan sujud, maka memberi isyarat dengan kedua matanya. Iaitu dengan memejamkan mata sebentar untuk ruku’ dan memejamkan mata agak lama untuk sujud. Adapun isyarat dengan jari sebagaimana yang dilakukan sebahagian orang-orang yang sakit sekarang, maka tidak benar. Saya tidak mengetahui asalnya dari al-Qur’an dan Sunnah, demikian pula keterangan para ulama.
7️⃣Jika tidak mampu menganggukkan kepala atau memberi isyarat dengan mata, maka solat dengan hatinya. Bertakbir, membaca, berniat ruku’ dan sujud, berdiri dan duduk dengan hatinya. Bagi setiap orang, apa yang dia niatkan.
8️⃣Wajib bagi orang yang sakit untuk solat pada waktunya dan melakukan setiap gerakan wajib sesuai kemampuannya. Jika tidak mampu untuk solat disetiap waktunya, maka tidak mengapa untuk menjamak antara zhuhur dan ashar serta antara maghrib dan isya’, baik jamak taqdim dengan memajukan ashar di waktu zhuhur dan isya’ di waktu maghrib atau jamak takhir dengan mengakhirkan zhuhur di waktu ashar dan maghrib di waktu isya’. Semua tergantung mana yang paling mudah baginya. Adapun solat subuh maka, tidak dijamak dengan solat sebelumnya dan juga solat setelahnya.
9️⃣Jika orang yang sakit sedang safar (berubat) ke kota atau negeri lain, maka disukai baginya untuk mengqashar solat yang 4 rakaat. Solat zhuhur, ashar dan isya’ dilaksanakan masing-masing 2 rakaat sampai kembali ke negerinya, baik waktu safarnya lama ataupun sebentar.
Wallahu a’lam bish shawab, semoga bermanfaat.
📂 (Buletin Saku Al-Ilmu, Edisi 27/1438H/2017M)
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf