Sucikan Hatimu Agar Tidak Dipalingkan Dari Kebenaran
• Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata, “Tidak mungkin Allah سبحانه وتعالى akan memalingkan hati seorang hamba yang di atas hidayah, kecuali dalam hatinya ada bala. Adapun jika hatinya bersih (suci), tidak akan mungkin Allah سبحانه وتعالى akan palingkan hatinya. Dalilnya adalah firman Allah سبحانه وتعالى:
فَلَمَّا زَاغُوٓاْ أَزَاغَ ٱللَّهُ قُلُوبَهُمۡۚ وَٱللَّهُ لَا يَهۡدِي ٱلۡقَوۡمَ ٱلۡفَٰسِقِينَ
“Maka ketika mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.” (Ash-Shaf: 5)
Allah سبحانه وتعالى sungguh Maha Mulia, tidak akan mungkin memalingkan hati yang suci. Maka aku nasihatkan kepada diriku dan kalian semua, teliti dan periksa hatimu, adakah padanya keraguan, adakah padanya kedengkian, adakah padanya kebencian terhadap sebahagian syariat Allah سبحانه وتعالى, adakah padanya hasad. Perkara-perkara tersebut mungkin dianggap remeh, padahal itu seperti ulat di dalam kurma yang menggerogoti sampai merosaknya.
Maka sucikan hatimu dari syirik, riya’, nifak, kedengkian, permusuhan dan dari kebencian terhadap sesuatu yang Allah سبحانه وتعالى syariatkan, kerana jika kamu tidak sucikan hatimu dari semua itu, maka sungguh kamu berada di tepi jurang kehancuran. Semoga Allah سبحانه وتعالى mensucikan hati-hati kita semua.”
Pautan audio rakaman (00:57): https://drive.google.com/file/d/1kFb8ynF8vC3dVJvz7xeWq4pwOPVTKGVg/view?usp=drivesdk
فاللهم طهر قلوبنا
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf