📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃
📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 40)
📚 Bab 2⃣8️⃣:
Beriman Bahawa Syurga & Neraka Adalah Makhluk & Hukum Orang Yang Mengingkarinya (Bahagian 1)
💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “Syurga dan neraka adalah dua makhluk yang benar-benar telah diciptakan, sebagaimana datang dari Rasulullah ﷺ (ertinya), “Aku pernah memasuki Syurga, maka aku melihat sebuah istana”*.
Dan (ertinya), “Aku telah melihat al-Kautsar”.**”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Ini merupakan salah khabar gembira bagi Umar bin al-Khattab رضي الله عنه. Rasulullah ﷺ melihat sebuah istana dari emas dan di sisinya ada seorang wanita sedang berwudhu. Kemudian baginda bertanya (ertinya), “Milik siapa istana ini?” Dikatakan, “Milik seorang lelaki dari Arab”. Baginda berkata, “Aku ini orang Arab, maka milik siapa istana ini?” Dijawab, “Milik seorang dari Quraisy”. Baginda berkata, “Aku juga dari Quraisy, milik siapa istana ini?” Lalu dikatakan kepada baginda, “Ini milik Umar bin al-Khattab”. Kemudian baginda hendak memasukinya, namun baginda teringat akan kecemburuannya Umar, sehingga baginda malu dan beranjak lalu. Setelah itu baginda kisahkan hal tersebut kepada Umar, maka menangislah Umar dan berkata, “Apakah terhadap anda aku pantas cemburu, wahai Rasulullah?” (HR Bukhari).”
** Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “Sebagaimana dalam hadits sahih, bahawa baginda pernah melihat al-Kautsar dan telaganya, dalam keadaan saat itu baginda sedang berada di atas mimbarnya. Baginda mengatakan (ertinya), “Aku sedang melihatnya (al-Kautsar) sekarang”.
Dan telah banyak dalil-dalik tentang adanya Syurga (saat ini). Allah berfirman (ertinya), “Dan sesungguhnya dia (Muhammad) telah melihatnya (Jibril dalam bentuk aslinya) pada waktu yang lain (iaitu) di Sidratul Muntaha. Di dekatnya ada Syurga tempat tinggal.” (An-Najm: 13-15).
Ini merupakan salah satu di antara dalil-dalil yang membantah pendapat golongan Mu’tazilah yang sesat, di mana mereka mengatakan, “Sesungguhnya Syurga dan Neraka bukanlah makhluk (ciptaan Allah) dan bahawa adanya wujud keduanya pada saat sekarang adalah suatu kesia-siaan”. Semoga Allah memburukkan mereka dan akal-akal mereka.”
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda)
Bersambung insyaAllah.
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf