Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah prinsip-prinsip ahlus sunnah (bahagian 29)

7 tahun yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 29)

📃🍃📃🍃📃🍃📃🍃📃

📌 Silsilah Prinsip-Prinsip Ahlus Sunnah (Bahagian 29)

📚 Bab 2⃣3⃣:
Kita Tidak Memastikan Seorangpun Dari Ahli Kiblat (Muslimin) Masuk Syurga Ataupun Neraka (Bahagian 2)

💎 Al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata: “… Dan barangsiapa yang berjumpa dengan Allah membawa dosa yang mengharuskannya masuk Neraka, namun ia telah bertaubat dan tidak terus menerus di atas (dosa) itu, maka Allah akan mengampuninya. Dia menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan semua kesalahan.* …”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
* Asy-Syaikh Rabi’ حفظه الله menjelaskan, “(Allah berfirman):

📖 “Katakanlah, Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa seluruhnya. Sungguh Dia Maha Pengampun dan Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

☝🏼Allah mencintai taubat. Allah juga mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan bersuci. Sebab itu, kita mengharapkan (ampunan) atas orang yang bertaubat, tanpa memastikan Syurga ataupun Neraka untuknya. Ya, tetapi kita menaruh harapan atasnya, insyaAllah.

📖 (Allah berfirman), “Dialah (Allah) menerima taubat dari para hambaNya dan mengampuni segala kesalahan.” (Asy-Syuura: 25)

🍃 Sebagaimana pula telah datang dalam masalah ini banyak dalil dalam nas Al-Qur’an mahupun hadits-hadits, yang menunjukkan bahawa Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat dengan sangat senang kerananya.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

Bersambung insyaAllah.

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf