Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah mutiara nasihat dari para ulama salaf (bahagian 21)

2 bulan yang lalu
baca 3 menit
Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 21)

Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf (Bahagian 21)

Bab 1⃣6️⃣: Bila Dibolehkan Atau Diwajibkan Menerangkan Keadaan Seseorang (Bahagian 2)

Al-Imam Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata, “Sehingga dikatakan kepada Imam Ahmad bin Hanbal, “Seseorang berpuasa, solat, i’tikaf lebih kamu cintai ataukah jika ia menerangkan keadaan Ahli Bid’ah?” Beliau berkata, “Jika ia puasa, solat dan i’tikaf, maka itu untuk dirinya sendiri, sedangkan apabila ia menerangkan keadaan Ahli Bid’ah, maka ini adalah untuk kebaikan kaum Muslimin dan ini lebih utama. Maka menjelaskan perkara ini agar berguna bagi kaum Muslimin dalam agama mereka termasuk salah satu jihad di jalan Allah, kerana membersihkan jalan Allah, agama, manhaj, syariatNya dan menghalau kejahatan Ahli Bid’ah serta permusuhan mereka adalah fardhu kifayah menurut kesepakatan kaum Muslimin. Dan apabila tidak ada orang yang Allah bangkitkan untuk menolak bahaya Ahli Bid’ah ini benar-benar akan hancurlah agama ini. Dan kerosakannya jauh lebih besar daripada kerosakan akibat penjajahan musuh dari kalangan orang-orang kafir yang harus diperangi. Kerana mereka ini (orang-orang kafir) jika berkuasa, belum tentu mampu merosakkan hati manusia yang dijajahnya, kecuali pada kesempatan berikutnya. Sedangkan Ahli Bid’ah ini jika mereka berkuasa, akan merosakkan hati manusia terlebih dahulu.” (Majmu’ Fatawa 28/231 dan 232)

Faedah dari Kitab:

لم الدر المنثور من القول المأثور في الاعتقاد و السنة

Karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi. Terjemahannya telah dimuroja’ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf