🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿
🔗 Silsilah Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah (Bahagian 12 – Akhir)
📚 Bab 9⃣: (AKHIR)
Bid’ah Dalam I’tiqadiyyah, ‘Amaliyyah & Qauliyyah
☝Antara jenis bid’ah:
1⃣: I’tiqadiyyah (Keyakinan)
2⃣: Qauliyyah (Ucapan)
3⃣: Fi’liyyah/’Amaliyyah (Perbuatan/Amalan)
☝Bid’ah I’tiqadiyyah adalah contoh seperti bid’ah Khawarij, Rafidhah (Syiah), Mu’tazilah, dan selain mereka yang hujung perkara mereka adalah ilmu kalam (mantiq / mengutamakan logik akal dari dalil dan nas). Di antara mereka ada juga yang menambahnya dengan riwayat-riwayat dusta.
☝Bid’ah Qauliyah adalah seperti mengucapkan atau melafazkan niat, seperti mengucapkan:
نَوَيتُ أصَّليِ كَذَا
“Aku berniat melakukan solat ini…”
🚫Dan juga contoh lain seperti memohon (bertawassul) kepada Allah dengan menggunakan kedudukan seseorang, hak seseorang, dan semisalnya yang tidak ada contoh dalam as-Sunnah yang shahih dari Nabi.
❗Ada juga bid’ah qauliyyah yang mencapai tingkatan kekafiran seperti berdoa kepada penghuni kubur, meminta bantuan dari mereka, meminta pemenuhan hajat dan penghilangan kesulitan dari mereka, dan sejenisnya yang tidak boleh diminta kecuali kepada Allah. Hal ini seperti yang difirmankan Allah:
📖 “Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepadaNya, dan yang menghilangkan kesusahan, dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di muka bumi? Apakah di samping Allah ada Rabb (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).” (An-Naml: 62)
☝Bid’ah Fi’liyyah ada dua jenis:
1⃣: Makaniyyah (berkaitan tempat). Di antara contohnya adalah mengusap kuburan dan menciumnya.
💎 An-Nawawi asy-Syafi’i dalam al-Majmu Syarh al-Muhadzdzab (8/206) memberikan pernyataan tentang masalah mengusap dan mencium dinding kuburan Nabi: “Hendaklah jangan tertipu oleh penyelisihan dan amalan majoriti kalangan awam itu, kerana sikap mengikuti (meneladani) dan beramal hanyalah boleh berdasarkan hadits-hadits shahih dan pernyataan para ulama. Hendaklah tidak menoleh kepada perkara yang diada-adakan oleh kalangan awam dan selain mereka dari orang-orang yang jahil.”
2⃣: Zamaniyyah (berkaitan waktu/zaman). Antara contohnya adalah merayakan hari kelahiran, seperti merayakan kelahiran Nabi. Sesungguhnya bid’ah perayaan maulid Nabi adalah bid’ah yang diadakan pada abad keempat hijriyyah. Tidak ada sama sekali contoh dari Nabi, para Khalifah, para Sahabatnya. Bahkan juga tidak ada contoh dari kalangan tabi’in dan pengikut mereka (termasuk empat imam mazhab).
✅ Tidak diragukan lagi bahawa mencintai Rasulullah adalah perkara yang wajib ada pada hati setiap orang Islam dengan kencintaan yang melebihi cintanya kepada ayah, ibu, anak dan seluruh manusia, kerana Rasulullah bersabda:
📕”Tidak beriman salah seorang dari kalian sampai aku menjadi lebih dicintai daripada ayah, anak dan seluruh manusia.” (HR Bukhari & Muslim)
✅ Cinta kepada Nabi hanyalah akan terwujud dengan mengikuti dan berjalan di atas manhaj (method/cara)nya. Bukan dengan bid’ah yang diada-adakan. Hal ini sebagaimana difirmankan Allah:
📖 “Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang.” (Ali Imran: 31)
📂 (Faedah dari Kitab al-Hatstsu ‘alat-Tiba’is Sunnati wat-Tahdziru minal Bida’i wa Bayanu Khatharaha -Ikutilah Sunnah Tinggalkan Bid’ah-, karya asy Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad, diterbitkan Pustaka Qaba-il, diterjemahkan Ustadz Fathul Mujib)
Alhamdulillah, selesai perkongsian ringkasan faedah ilmiyah dari kitab ini. Moga ianya bermanfaat buat kita semua.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚