🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺
📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 8)
📚 Kaedah Ketiga (Bag. 1)
💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Kaedah Ketiga: Bahawa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam diutus ke tengah-tengah manusia yang beraneka ragam bentuk peribadatannya. Ada di antara mereka yang menyembah malaikat, menyembah para nabi dan orang-orang soleh, menyembah batu-batu dan pohon-pohon, dan ada pula di antara mereka yang menyembah matahari dan bulan(i). Dan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerangi mereka semua tanpa membeza-bezakan mereka(ii).”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Ini merupakan keburukkan perbuatan syirik, dan bahawa pelakunya tidak bersatu di atas satu prinsip. Berbeza dengan keadaan orang-orang yang bertauhid, sebab sesembahan mereka hanyalah satu (iaini Allah ‘azza wa jalla):
📖 “Manakah yang lebih baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa? Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya.” (Yusuf: 39-40)
❗Diantara bentuk kemungkaran dan kebatilan syirik adalah pelakunya bercerai-berai di dalam peribadatan mereka, tidak ada aturan yang menyatukan mereka, sebab mereka tidak berjalan di atas suatu dasar, akan tetapi mereka berjalan di atas hawa nafsu dan seruan-seruan para penyesat, sehingga semakin banyak perpecahan mereka.
📖 “Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang laki-laki (hamba) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang dalam perselisihan dan seorang hamba yang menjadi milik penuh dari seorang laki-laki (saja). Adakah kedua hamba itu sama halnya? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui.” (Az-Zumar: 29)
❗Orang yang hanya beribadah kepada Allah semata semisal seorang hamba yang mengabdi kepada satu tuan saja, mengetahui maksud kehendak tuannya, mengetahui apa yang dimintanya dan hidup tenang bersamanya. Akan tetapi orang musyrik semisal hamba yang memiliki banyak tuan. Ia tidak tahu siapa yang harus dicari keredhaannya, setiap tuan memiliki keinginan, setiap dari mereka memiliki permintaan, setiap dari mereka memiliki kemahuan, dan setiap dari mereka menginginkan untuk didatangi. Oleh sebab itu Allah mengatakan:
📖 “Allah membuat perumpamaan (iaitu) seorang laki-laki (hamba) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang dalam perselisihan.” (Az-Zumar: 29).”
(ii) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Baginda memerangi orang-orang yang beribadah kepada berhala, memerangi orang-orang Yahudi dan Nasrani, memerangi orang-orang Majusi (penyembah api), memerangi seluruh kaum musyrikin, memerangi orang-orang yang beribadah kepada para malaikat, memerangi orang-orang yang soleh dan Rasulullah tidak membeza-bezakan di antara mereka.
❗Ini adalah bantahan bagi orang-orang yang mengatakan bahawa orang-orang yang beribadah kepada patung tidaklah sama dengan yang beribadah kepada orang-orang soleh. Sebab mereka beribadah kepada batu-batu dan tumbuh-tumbuhan, mereka menyembah benda mati. Adapun orang yang beribadah kepada orang yang soleh dan para wali tidak sama dengan orang yang beribadah kepada patung/berhala.
❗Dengan ucapan itu mereka menginginkan bahawa orang yang beribadah kepada kubur sekarang ini berbeza hukumnya dengan orang yang beribadah kepada patung. Sehingga dia tidak dikafirkan dan amalannya tidak dianggap sebagai kesyirikkan dan tidak boleh diperangi.
❗Maka kita katakan, “Rasulullah tidak membezakan mereka, bahkan semua dianggap sebagai kaum musyrikin, halal darah dan harta benda mereka”.
❗Sehingga kesyirikkan tidak ada perbezaannya antara orang yang beribadah kepada orang soleh atau beribadah kepada patung atau beribadah kepada batu-batu atau pohon-pohon. Sebab yang dinamakan syirik adalah peribadatan kepada selain Allah, siapapun dia. Sehingga Allah mengatakan:
📖 “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun.” (An-Nisaa’: 36)
📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com