Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

silsilah empat kaedah dalam memahami tauhid (bahagian 3)

9 tahun yang lalu
baca 4 menit
Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 3)

🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺🍂🌺

📌 Silsilah Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 3)

📚 Empat Kaedah Dalam Memahami Tauhid (Bahagian 3⃣)

💎 Asy Syaikh Muhammad Ibnu Sulaiman at-Tamimi berkata, “Apabila anda telah mengetahui bahawa Allah subhaanahu wa ta’ala menciptakan anda untuk beribadah kepadaNya(i), maka ketahuilah bahawa peribadatan itu tidaklah dinamakan ibadah kecuali jika disertai tauhid. Sebagaimana solat itu tidaklah dinamakan solat kecuali harus disertai thaharah (wudhu’)(ii). Maka jika kesyirikkan itu masuk ke dalam peribadatan, menjadi rosaklah ibadah tersebut, sebagaimana hadats ketika masuk ke thaharah (wudhu’) seseorang.”
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
(i) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Maksudnya jika kalian mengetahui dari ayat Allah ini:

📖 “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (Adz-Dzariyaat: 56)

☝Sedang kalian adalah dari kalangan manusia, sehingga masuk dalam ayat ini, dan kalian telah mengetahui bahawa Allah tidaklah mencipta kalian kemudian dibiarkan begitu saja, atau tidak pula sekadar untuk makan dan minum semata, tidaklah pula kalian hidup di dunia ini untuk bersenang-senang dan bersuka ria. Jadi, bukan untuk semua itu Allah menciptakan kalian, tetapi Allah menciptakan kalian agar kalian beribadah kepadaNya.

(ii) Asy Syaikh Shalih Fauzan menjelaskan, “Iaitu jika kalian telah mengetahui bahawa sesungguhnya Allah menciptakan kalian agar kalian beribadah kepadaNya, maka peribadatan itu tidaklah sah dan diredhai oleh Allah ta’ala kecuali jika terpenuhi dua syarat padanya. Jika hilang salah satu dari dua syarat tadi, maka batal ibadah tersebut:

1⃣ Syarat Pertama:
Harus ikhlas mengharapkan wajah Allah ta’ala, tidak ada kesyirikkan sedikitpun di dalam ibadah tersebut. Sebab, jika tercampuri dengan kesyirikkan maka batallah ibadah tersebut, semisal thaharah yang tercampuri hadats, sehingga batal. Demikian juga jika kalian beribadah kepada Allah ta’ala, kemudian kalian menyekutukan Allah, maka batallah peribadatan kalian. Itulah syarat yang pertama.

2⃣ Syarat Kedua:
Mutaba’ah (mengikuti) Rasulullah. Jenis peribadatan apapun yang tidak ada contohnya dari Rasulullah, maka ibadah tersebut batil dan tertolak, kerana ibadah tersebut adalah bid’ah dan sesuatu yang diada-adakan, sehingga Rasulullah mengatakan:

📕“Barangsiapa yang beramal dengan satu amalan yang tidak ada padanya perintah dari kami, maka amalan tersebut tertolak.” (HR Muslim)

📕Dan dalam riwayat lain disebutkan, “Barangsiapa yang mengada-adakan dalam agama ini sesuatu yang bukan darinya, maka perkara tersebut tertolak.” (HR Bukhari & Muslim)

❗Sehingga menjadi satu keharusan, bahawa peribadatan itu harus sesuai dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah, bukan dengan perkara-perkara yang dianggap baik oleh manusia dan juga bukan kerana niat-niat dan tujuan-tujuan mereka, selama tidak ada dalil dari syariat ini yang menunjukkan hal itu, maka perkara tersebut adalah kebid’ahan dan tidak memberi faedah kepada pelakunya, kerana perbuatan tersebut termasuk kemaksiatan. Walaupun dia menyangka bahawa dia melakukan perbuatan tersebut dalam rangka taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah ‘azza wa jalla.

☝Jadi, peribadatan itu harus memenuhi dua syarat ini, iaitu ikhlas dan ittiba’ (mengikuti) Rasulullah. Hingga peribadatan itu benar dan bermanfaat bagi pelakunya. Apabila ada kesyirikkan masuk dalam ibadah tersebut, maka batallah ibadah tersebut. Demikian juga ketika ibadah tersebut telah menjadi suatu bentuk kebid’ahan, yang tidak ada dalilnya. Sehingga, tanpa adanya dua syarat tersebut, ibadah tidak memiliki faedah dikeranakan ibadah itu tidak ditegakkan di atas syariat Allah ta’ala. Sedangkan Allah ta’ala tidak menerima kecuali apa yang disyariatkan di dalam kitabNya atau melalui lisan RasulNya.

📂 (Faedah dari Kitab Syarhu Al-Qowa’idul-Arba’, karya asy Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, diterbitkan Maktabah Al-Ghuroba’, diterjemahkan Ustadz Abu Hafs Marwan)

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com