📝🌺📝🌺📝🌺📝🌺📝
🔗 Silsilah Berilmu Sebelum Berkata & Beramal (Bahagian 1⃣)
1⃣ Pentingnya Ilmu Agama
✅ Berikut ini adalah penjelasan singkat dari sebahagian ulama berkaitan dengan perkataan Al-Imam Al-Bukhari di atas (Berilmu Sebelum Berkata dan Beramal).
💎 Asy-Syaikh Sholeh bin ‘Abdul ‘Aziz Alu Syaikh berkata: “Ilmu itu jika ditegakkan sebelum ucapan dan amal, maka akan diberkati pelakunya biarpun perkaranya itu kecil. Adapun jika ucapan dan amal didahulukan sebelum ilmu dan boleh jadi perkaranya itu sebesar gunung, namun itu semua tidaklah di atas jalan keselamatan…Dan sungguh! Amalan yang sebesar zarah (setitik) namun didasari ilmu, maka ini lebih besar nilainya daripada amalan laksana gunung tanpa ilmu. Dan sesungguhnya ilmu itu tujuan puncak yang terpenting dan harus diutamakan dari segala sesuatu. Khususnya ilmu yang dapat memperbaiki ibadah, meluruskan aqidah, memperbaiki hati, dan yang dapat menjadikan seseorang itu mudah dalam kehidupannya untuk meniti jalan di atas bukti nyata yang menepati Sunnah Rasul, bukan hidup di atas kebodohan.” (Syarh Kitab Tsalatsatul Ushul: 11-12)
💎 Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh Al-‘Utsaimin berkata: “Al-Imam Al-Bukhari berdalil dengan ayat ini (Muhammad: 19) atas wajibnya mengawali dengan ilmu sebelum berkata dan beramal. Ini merupakan dalil atsari (yang berdasarkan periwayatan) yang menunjukkan bahawa berilmu terlebih dahulu baru kemudian beramal setelahnya sebagai langkah kedua. Dan juga secara dalil ‘aqliyah (logik) menunjukkan bahawa ‘ilmu haruslah sebelum berkata dan beramal’. Hal itu disebabkan perkataan dan amalan tidak akan benar dan diterima sehingga perkataan dan amalan tersebut menepati syariat. Manusia tidaklah mungkin mengetahui bahawa amalnya menepati syariat kecuali dengan ilmu.” (Syarh Kitab Tsalatsatul Ushul: 27-28)
💎 Al Hafizh Ibnu Hajar al-Asqolani asy-Syafi’i menukil penjelasan Al Imam Ibnu Munir/Munayyir dalam Fathul Bari, 1/216, tentang sebab mengapa Al-Imam Al-Bukhari membuat bab ini tentang masalah ini secara khusus: “Al-Imam Al-Bukhari, dengan kesimpulannya tersebut, memaksudkan bahawa ilmu merupakan syarat atas kebenaran suatu perkataan dan amalan. Maka suatu perkataan dan amalan itu tidak akan teranggap kecuali dengan ilmu. Oleh sebab itulah ilmu didahulukan atas ucapan dan perbuatan.”
☝Kesimpulannya adalah bahawa kita hendaknya berilmu sebelum berkata dan beramal kerana ucapan dan perbuatan kita tidak akan berharga bila tanpa ilmu.
Bersambung insyaAllah.
📂 (Buletin Saku Al-Ilmu/13/1434H/2013M)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚