Serangan Syiah Rafidhah Houthi Terhadap Makkah al-Mukarramah Dengan Peluru Berpandu Balastik Merupakan Kesinambungan Nenek Moyang Mereka, Iaini Qaramithah & Bathiniyyah (Bahagian 1/2)
✍ Asy-Syaikh al-‘Allamah Rabi’ bin Hadi al-Madkhali hafizhahullah,
“Kaum muslimin telah tahu berbagai kesesatan besar yang ada pada kaum Rafidhah (Syiah, pen.), yang jumlahnya tidak terhitung.
Di antaranya, Rafidhah mengkafirkan para Sahabat radhiyallahu ‘anhum dan kaum Muslimin. Juga sikap ekstrim kaum Rafidhah terhadap Ahlul Bayt yang mulia, semoga Allah lepaskan Ahlul Bayt dari kaum Rafidhah dan keekstremannya.
⚡ Di antara bentuk sikap ekstrim kaum Rafidhah, meyakini bahawa para imam mereka mengetahui perkara yang ghaib dan berkuasa terhadap setiap butiran-butiran alam! Kalau begitu, Rafidhah tidak menyisakan sedikit pun kekuasaaan di alam ini untuk Allah!!
Berapa banyak kekufuran mereka dalam permasalahan ini!!
Pada hari-hari yang genting ini, kaum Rafidhah mengobarkan perang yang menghancurkan di negeri-negeri muslimin, seperti di Yaman dan Syam (Syria, pen.).
Mereka menghalalkan darah ratusan ribu penduduknya, dan
merosak anak-anaknya, dialihkan kepada Rafidhah, mengikuti aqidah kufur Rafidhah dalam menumpahkan darah keluarga-keluarganya sendiri.
Tidak cukup pada tindakan-tindakan mengerikan itu saja, kedengkian yang membara telah menggerakkan mereka untuk mengarahkan Peluru Berpandu Balastik ke Makkah al-Mukarramah. Untuk merosak syiar-syiar suci/terhormat di sisi Allah, yang mereka tidak mengimaninya dan sama sekali tidak bernilai bagi mereka.
Allah berfirman tentang perbuatan jahat seperti itu:
وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ [الحج : ٢٥]
“Barangsiapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian dari adzab yang pedih.” [Al-Hajj: 25]
Nenek moyang mereka, kelompok Qaramithah telah mendahului mereka dalam perbuatan jahat tersebut. Qaramithah telah membunuh ratusan jamaah haji di tanah haram di dekat Ka’bah! Mencuri Hajar Aswad dan diletakkan “Ka’bah” buatan mereka sendiri di negeri mereka yang penuh kejahatan, Hajar Ahsa’.
⚡ Aksi Houthi Rafidhah ini merupakan tampilan dan kemasan baru dari apa yang telah dicita-citakan dan diimpikan oleh para nenek moyang dan para pimpinan, Qaramithah.
Husein al-Musawi dalam kitabnya “Lillah Tsumma li at-Tarikh”, hal. 91 – 92 ketika menceritakan ketika dia mengunjungi Khomeini (Pengasas Revolusi Iran, pen.),
“Dalam sebuah pertemuan khusus bersama sang imam, dia mengatakan kepadaku: ‘Sayyid Husein sekarang saatnya untuk melaksanakan wasiat-wasiat para imam -shalawatullah alaihim-. Kita akan tumpahkan darah para nawashib (dalam pandangan Rafidhah, nawashib yang dimaksud adalah Ahlus Sunnah, pen.). Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan kita biarkan hidup wanitanya. Tidak kita biarkan seorang pun dari mereka selamat dari hukuman. Harta-harta mereka akan khusus menjadi milik para pembela Ahlul Bayt.
Kita akan HAPUSKAN MAKKAH DAN MADINAH. Kerana dua kota ini sudah menjadi sarang kelompok Wahabi (menurut tuduhan mereka, pen.)
KARBALA BUMI ALLAH YANG DIBERKAHI DAN SUCI, HARUS MENJADI KIBLAT UMAT MANUSIA DALAM SOLAT.
Dengan ini kita wujudkan impian para imam. Sungguh telah berdiri negara kita yang telah kita perjuangkan bertahun-tahun lamanya. Tidak tersisa kecuali PELAKSANAAN!!”
Bersambung….
Majmu’ah Manhajul Anbiya
WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf