Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

seorang suami harus kuat & bersabar menghadapi kekurangan isterinya

5 hari yang lalu
baca 3 menit
Seorang Suami Harus Kuat & Bersabar Menghadapi Kekurangan Isterinya

Seorang Suami Harus Kuat & Bersabar Menghadapi Kekurangan Isterinya

• Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda:

لا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً، إنْ كَرِهَ منها خُلُقًا رَضِيَ منها آخَرَ

“Janganlah seorang suami membenci (memusuhi) isterinya, jika ada sesuatu kekurangan pada isterinya yang tidak dia senangi, (seharusnya) dia redhai sifatnya yang lain.” (HR Muslim 1469)

• Asy-Syaikh Ibnu Utsaymin رحمه الله berkata, “Hadits ini mengajarkan bahawa perintah bersabar ditujukan kepada kaum lelaki (para suami). Maka Nabi ﷺ perintahkan agar seorang suami benar-benar menjadi seorang lelaki yang kuat dan sabar. Dalam memikul kekurangan-kekurangan isterinya, hendaklah dia mempertimbangkan maslahat (manfaat) jauh kedepan.

Sementara wanita itu hanya dapat melihat yang dihadapannya saja. Oleh kerana itu seorang suami hendaknya bersabar dari segala kekurangan yang dia dapati dari isterinya dan berlemah lembut kepadanya.

Selain daripada itu, seorang isteri itu dekat namun jauh. Dekat jika dia dengar dari suaminya kalimat yang lembut mesra, maka akan hilang segala kejengkelan (kekesalan) yang ada pada hatinya. Jauh ketika dia dengar darimu kalimat yang sebenarnya ringan tapi kerana dia mengira itu berat (salah faham kerana kurangnya akal dia), dia akan emosi, marah dan jengkel (kesal) padamu.

Maka wajib atas setiap suami untuk bersabar dan berlemah lembut dalam bermuamalah serta bermuasyarah dengan isterinya agar terkabul doanya:

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ

“Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami).” (Al-Furqon: 74).” (Liqoo Syahri, Kaset 40)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf