Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

seorang mukmin itu akan sedar bila diingatkan

2 tahun yang lalu
baca 3 menit
Seorang Mukmin Itu Akan Sedar Bila Diingatkan

🌨️🌴 Seorang Mukmin Itu Akan Sedar Bila Diingatkan

عن عبد الله بن عباس رضي الله عتهما قال قال رسول الله ﷺ:
”ما مِن عبدٍ مؤمنٍ إلّا وله ذنبٌ يعتادُه الفَينةَ بعدَ الفَينةِ أو ذنبٌ هو مقيمٌ عليه لا يُفارِقُه حتّى يُفارِقَ الدنيا وإنّ المؤمنَ خُلِقَ مُفْتَنًا توّابًا نَسّاءً إذا ذُكِّرَ ذكَر.“
(أخرجه الطبراني ١١/٣٠٤ والبيهقي في شعب الإيمان ٧١٢٤)

Dari Abdullah bin Abbas رضي الله عتهما beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
“Setiap mukmin pasti punya dosa yang dia lakukan dari satu waktu ke waktu berikutnya, atau dosa yang terus dia perbuat tidak dia tinggalkan hingga dia wafat, dan seorang mukmin diciptakan dengan penuh ujian, sering bertaubat, sering lupa, namun jika diingatkan dia akan sedar.”
(HR Thabrani 11/304, Bayhaqi di dalam Syuabul Iman 7124 dan dishahihkan al-Albani di dalam Shahih Jami 5735)

• Makna hadits bahawa seorang mukmin melakukan dosa kemudian dia tinggalkan, kemudian dia terjatuh lagi pada dosa
• atau dia lakukan suatu dosa secara terus menerus
• seorang mukmin sering bertaubat sering lupa ertinya dia bertaubat, namun kemudian lupa sehingga kembali melakukan dosa lagi
• akan tetapi jika seorang mukmin diingatkan dia akan sedar dan memperbaiki diri.
• hadits menjelaskan keadaan seorang hamba yang lemah sebagaimana Allah سبحانه وتعالى firmankan:

وخلق الإنسان ضعيفا

“Dan manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.”
(An-Nisaa: 28)

📂 At-Tanwir Syarah Jami Shoghir 9/492

فاللهم استرنا

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf