🌳🌴 Pentingnya Berdoa Agar Doa Dikabulkan Dalam Keadaan Afiah
• Abu Bakr al-Kholal berkata aku mendengar Ahmad bin Hanbal رحمه الله berkata, “Aku menghafal Al-Qur’an. Dan ketika aku mencari hadits aku tersibukkan darinya, maka aku mohon kepada Allah untuk menganugerahkan padaku hafalan Al-Qur’an, namun aku tidak katakan “dalam keadaan afiah (keselamatan)”. Sehingga aku tidaklah menghafalnya kecuali di dalam penjara dan belenggu. Oleh kerana itu jika kamu memohon kepada Allah sesuatu hajat, katakanlah “dalam keadaan afiah”.” (Manaqib Imam Ahmad 1/39)
• Asy-Syaikh Shalih alu Syaikh حفظه الله berkata, “Pelajaran berharga dari Imam Ahmad, demikian itu benar kerana kalau tidak, mungkin saja hajatmu Allah berikan padamu dalam keadaan kamu sakit parah bahkan mungkin lumpuh. Atau saat keadaan anak atau isterimu sudah tiada atau kamu dalam keadaan kerugian harta dan duniamu dan lain sebagainya yang mana seseorang dalam keadaan yang tidak baik. Oleh kerana itu penting untuk kita memohon kepada Allah segala sesuatu “dalam keadaan afiah”.”
نسأل الله العافية
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf