🌒🌐 Pendapat Syaikh Ibn Baz Tentang Bentuk Bumi
❓Soalan: “Bumi ini bulat, ataukah datar?”
✅ Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz رحمه الله (Mantan Mufti Arab Saudi) menjawab, “BUMI INI BULAT menurut para ulama. Ibnu Hazm dan sejumlah ulama lainnya telah menukilkan adanya ijma’ (kesepakatan) ulama bahawa bumi ini bulat. Iaini satu bahagiannya bersambung dengan bahagian lainnya, bulat seperti bola.
• Namun Allah hamparkan bahagian atasnya, Allah jadikan di atasnya gunung-gunung yang kukuh, Allah jadikan juga padanya haiwan-haiwan dan lautan-lautan, sebagai rahmat untuk kita.
• Oleh kerana itu, Allah berfirman:
{وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ} [الغاشية : 20]
📖 “Tidakkah mereka melihat pada bumi bagimana ia dibentangkan.” (Al-Ghasyiyah: 20)
• Jadi bumi ini bahagian atasnya terhampar agar manusia dapat hidup di atasnya dan dapat tenang di atasnya.
• Keadaan bumi yang bulat tidaklah menghalangi dihamparkannya pada atasnya. Kerana sesuatu yang besar, apabila dihamparkan akan menjadi permukaan yang luas.”
📥 Sila muat turun audio rakaman di bawah (1.2MB) – durasi [01:16] atau dari pautan berikut: https://goo.gl/kXnmjf
——————-
هل الأرض كروية أم سطحية؟
الأرض كروية عند أهل العلم، قد حكى ابن حزم وجماعة آخرون إجماع أهل العلم على أنها كروية، يعني أنها منضمٌ بعضها إلى بعض مدرمحة، كالكرة، لكن الله بسط أعلاها لنا فجعل فيها الجبال الرواسي، وجعل فيها الحيوان والبحار رحمةً بنا، ولهذا قال: وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ [(20) سورة الغاشية]. فهي مسطوحة الظاهر لنا ليعيش عليها الناس ويطمئن عليها الناس، فكونها كروية لا يمنع تسطيح ظاهرها ؛ لأن الشيء الكبير العظيم إذا سُطح صار له ظهرٌ واسع.
📂 https://binbaz.org.sa/fatwas/5966/كروية-الارض
📝 Majmu’ah Manhajul Anbiya
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf