🌴🌻 Memohon Afiat (Keselamatan) Dalam Perkara Akhirat
☝🏼Memohon afiat dalam perkara akhirat, termasuk di dalamnya adalah memohon afiat dalam perkara agamanya, imannya, aqidahnya, akhlaknya dan ibadahnya. Sehingga seseorang hamba terjaga dari segala yang menodai kesempurnaan agamanya.
▪Terlindungi agamanya dari pelbagai syubhat yang mencoreng dan merosak imannya kepada Allah.
▪Terjaga agamanya dari pelbagai godaan syahwat yang merosak imannya kepada Allah.
⛅ Semuanya terjaga oleh Allah dengan taufiq dan hidayahNya dari pelbagai fitnah yang datang bertubi-tubi, baik ianya berupa cubaan dalam bentuk syahwat mahupun syubhat yang menodai dan mengurangi kesempurnaan imannya.
🌳 Maka bahagialah bagi siapa yang telah diberi afiat oleh Allah dalam perkara agama, sehingga terselamatkan dari pelbagai bentuk godaan fitnah, baik yang tampak mahupun yang tersembunyi.
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📂 (Dari Transkrip Khutbah Jum’at – Memohon Afiat (Keselamatan) Adalah Doa Terpenting, Masjid PLN, Kota Batu, Malang, 28 Safar 1439H, 17 November 2017M)
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf