🌴🍃 Malu Merupakan Akhlak Terpenting
☝🏼Ibnul Qoyyim رحمه الله berkata: “Perhatikanlah akhlak yang Allah khususkan hanya pada manusia iaitu akhlak malu yang termasuk akhlak terafdhal, paling agung, paling besar darjatnya dan paling banyak manfaatnya. Bahkan dia menjadi ciri khas manusia sehingga barang siapa yang tidak ada rasa malunya, maka tidak ada padanya sifat kemanusiaan kecuali sebatas darah dan daging serta bentuk zahirnya semata. Sebagaimana pula tidak ada padanya kebaikan sama sekali.
Dan jika bukan kerana akhlak mulia ini nescaya orang:
• Tidak akan menjamu tamunya,
• Tidak akan memenuhi janjinya,
• Tidak akan menunaikan amanat,
• Tidak akan menunaikan hajat orang lain,
• Tidak akan mengutamakan yang baik kemudian memprioritikannya,
• Tidak akan menjauhi yang jelek,
• Tidak akan menutup aurat,
• Tidak akan tercegah dari perbuatan keji.
Dan banyak orang kalau bukan kerana rasa malu yang ada pada dirinya dia:
• Tidak akan menunaikan kewajiban atas dirinya,
• Tidak akan peduli dengan hak orang lain,
• Tidak akan menyambung tali silaturahimnya,
• Tidak akan bakti kepada orang tuanya.
Hal itu kerana faktor pendorong untuk semua itu adalah:
1. Agama dengan mengharap dampak baiknya
2. Atau duniawi yang mulia iaitu malu, malu kepada manusia.
Maka tampak jelas bahawa kalau bukan kerana malu kepada sang Khaliq atau kepada manusia, orang tidak akan melakukan semuanya.” (Miftah Dar Saadah 1/277)
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf