🌴🌳 Khabar Gembira Bagi Yang Membantu Orang Yang Sedang Berpuasa
عن أنس بن مالك: كُنّا مع النبيِّ ﷺ في السَّفَرِ، فَمِنّا الصّائِمُ ومِنّا المُفْطِرُ، قالَ: فَنَزَلْنا مَنزِلًا في يَومٍ حارٍّ، أكْثَرُنا ظِلًّا صاحِبُ الكِساءِ، ومِنّا مَن يَتَّقِي الشَّمْسَ بيَدِهِ، قالَ: فَسَقَطَ الصُّوّامُ، وقامَ المُفْطِرُونَ، فَضَرَبُوا الأبْنِيَةِ وسَقَوْا الرِّكابَ، فَقالَ رَسولُ اللهِ ﷺ: ذَهَبَ المُفْطِرُونَ اليومَ بالأجْر. (مسلم ١١١٩)
Dari Anas bin Malik berkata: “Kami pernah dalam suatu perjalanan bersama Rasulullah ﷺ, di antara kami ada yang berpuasa, ada pula yang berbuka (tidak puasa). Lalu kami singgah di suatu tempat di hari yang sangat panas sekali. Dan yang paling dapat berteduh adalah yang mempunyai kain rida, ada pula di antara kami yang berteduh dari teriknya matahari dengan tangannya. Mereka yang berpuasa tidak mampu melakukan apa-apa (untuk membantu saudara-saudaranya kerana dalam keadaan berpuasa). Adapun mereka yang tidak berpuasa mereka berbuat banyak untuk membantu dan melayani saudara-saudaranya, mereka mendirikan tenda, mereka memberi minum unta. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Hari ini mereka yang tidak berpuasa memperoleh pahala yang berlimpah”.” (HR Muslim 1119)
✅ Hadits menunjukkan:
• Kehidupan Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya yang penuh kesulitan.
• Khabar gembira bagi wanita muslimah yang membantu dan mempersiapkan makanan untuk anak dan suaminya, kerana jika para sahabat yang bekerja dan membantu saudaranya mendapat pahala besar dalam keadaan mereka berbuka, apalagi seorang isteri yang berkhidmat bagi anak dan suaminya dalam keadaan dia berpuasa.
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf