Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

ketika ru’yah negara kita berbeza dengan arab saudi, bila berpuasa arafah?

6 tahun yang lalu
baca 4 menit
Ketika Ru’yah Negara Kita Berbeza Dengan Arab Saudi, Bila Berpuasa Arafah?

🌙🔭 Ketika Ru’yah Negara Kita Berbeza Dengan Arab Saudi, Bila Berpuasa Arafah?

❓Pertanyaan: Apabila berbeza penentuan Hari Arafah, sebagai konsekuensi perbezaan mathla’ hilal di masing-masing negara. Apakah kita berpuasa mengikuti ru’yah negara yang kita tinggal padanya, ataukah mengikuti ru’yah Haramain (Arab Saudi)?

🎙 Asy-Syaikh al-‘Utsaimin رحمه الله menjawab:

🌘🌒 Permasalahan ini sangat terkait dengan perbezaan pendapat di kalangan ulama:
• Apakah hilal itu satu, berlaku untuk seluruh dunia?
• ataukah berbeza-beza sesuai perbezaan mathla’?

✅ PENDAPAT YANG BENAR hilal itu berbeza-beza sesuai perbezaan mathla’ (iaini masing-masing negara berdasarkan ru’yah masing-masing, pen).

🥝 Misalnya, apabila hilal telah telihat di Makkah, dan hari itu (berdasarkan ru’yah tersebut, pen) adalah hari ke-9; sementara di negara lain hilal terlihat sehari sebelum Makkah, sehingga hari Arafah (di Makkah) adalah hari ke-10 negara tersebut. Maka mereka (penduduk negara itu) TIDAK BOLEH BERPUASA pada hari tersebut, kerana itu adalah Hari Raya (bagi penduduk negara tersebut, pen).

🍏 Demikian pula kalau seandainya di sebuah negara ru’yahnya terlambat daripada Makkah. Sehingga tanggal 9 Makkah adalah masih tanggal 8 di negara itu. Maka mereka berpuasa TANGGAL 9 MEREKA, yang BERTEPATAN DENGAN TANGGAL 10 DI MAKKAH.

⏺ INI ADALAH PENDAPAT YANG KUAT.

Kerana Nabi ﷺ bersabda, “Apabila kalian melihat hilal, maka berpuasalah. Kemudian apabila kalian melihat hilal (berikutnya) berhari rayalah.”

Hilal yang tidak terlihat di negara mereka, bererti mereka tidak dikatakan “melihat hilal”.

🍃 Sebagaimana manusia secara ijma memperhitungkan perbezaan terbitnya fajar dan tenggelamnya matahari di tiap-tiap tempat. Demikianlah waktu bulanan, seperti waktu harian.

📚 Majmu Fatawa wa Rasa’il Ibni ‘Utsaimin 20/47

مجموع فتاوى ورسائل العثيمين (20/ 47)
سئل فضيلة الشيخ – رحمه الله تعالى -: إذا اختلف يوم عرفة نتيجة لاختلاف المناطق المختلفة في مطالع الهلال فهل نصوم تبع رؤية البلد التي نحن فيها أم نصوم تبع رؤية الحرمين؟

فأجاب فضيلته بقوله:
هذا يبنى على اختلاف أهل العلم: هل الهلال واحد في الدنيا كلها أم هو يختلف باختلاف المطالع؟ والصواب أنه يختلف باختلاف المطالع، فمثلاً إذا كان الهلال قد رؤي بمكة، وكان هذا اليوم هو اليوم التاسع، ورؤي في بلد آخر قبل مكة بيوم وكان يوم عرفة عندهم اليوم العاشر فإنه لا يجوز لهم أن يصوموا هذا اليوم لأنه يوم عيد، وكذلك لو قدر أنه تأخرت الرؤية عن مكة وكان اليوم التاسع في مكة هو الثامن عندهم، فإنهم يصومون يوم التاسع عندهم الموافق ليوم العاشر في مكة، هذا هو القول الراجح، لأن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقول: «إذا رأيتموه فصوموا وإذا رأيتموه فأفطروا» وهؤلاء الذين لم يُر في جهتهم لم يكونوا يرونه، وكما أن الناس بالإجماع يعتبرون طلوع الفجر وغروب الشمس في كل منطقة بحسبها، فكذلك التوقيت الشهري يكون كالتوقيت اليومي.

🌠📝📡 Majmu’ah Manhajul Anbiya

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf