🏘️🌳 Kamu & Hartamu Milik Ayahmu
📜 Dari Jabir bin Abdullah رضي الله عنه bahawa seorang anak datang mengadukan tentang ayahnya kepada Rasulullah ﷺ kerana mengambil hartanya. Maka Rasulullah ﷺ memanggil ayahnya lalu baginda sampaikan bahawa anakmu telah mengadukan tentang dirimu kerana mengambil hartanya. Maka sang ayah berkata, tanyakan padanya bukankah harta itu aku ambil untuk keperluan bibinya (ibu saudara) dan kerabatnya? Kemudian Jibril khabarkan kepada Rasulullah ﷺ bahawa sang ayah ini telah mengucapkan syair (kerana sedih dan kecewa pada anaknya). Maka Rasulullah ﷺ meminta sang ayah untuk menyampaikan syairnya dan beliau pun menyampaikan berikut:
غدوتك مولودا وعلتك يافعا
تعل بما أجني عليك وتنهل
Aku penuhi semua hajatmu semenjak kamu lahir dan aku tanggung seluruh keperluanmu hingga kamu dewasa
Engkau ambil seluruh hartaku dan engkau pakai di setiap waktu
إذا ليلة ضاقتك بالسقم لم أبت
لسقمك إلا ساهرا أتململ
Jika di malam hari engkau sakit atau buat perangai maka engkau dapati aku selalu berjaga
Seakan aku berada di atas bara api (gelisah)
تخاف الردى نفسي عليك وإنها
لتعلم أن الموت حتم موكل
Saat engkau sakit jiwaku dalam keadaan takut (khawatir akan kematianmu)
Walaupun aku tahu kematian adalah perkara yang telah ditentukan
كأني أنا المطروق دونك بالذي
طرقت به دوني فعيناي تهمل
Jika engkau sakit seakan aku yang sakit
Dan kedua mataku berlinang air mata
فلما بلغت السن والغاية التي
إليك مدى ما كنت فيك أؤمل
Namun setelah engkau mencapai usia dewasa
Usia di mana itu waktu yang aku harap dan aku tunggu darimu (untuk berbakti dan membalas budi padaku)
جعلت جزائي غلظة وفظاطة
كأنك أنت المنعم المتفضل
Engkau jadikan balasan bagiku adalah kasar dan kakunya muamalahmu (padaku)
Seakan engkaulah yang selama ini berjasa dan berbakti padaku
فليتك إذا لم ترع حق أبوتي
كما يفعل الجار المجاور تفعل
Seandainya saja engkau tidak menunaikan hakku (sebagai orang tua)
Engkau perlakukanlah aku sebagaimana tetangga memperlakukan tetangganya
Rasulullah ﷺ pun kemudian menangis lalu baginda memegang baju sang anak sembari baginda katakan (ertinya), “Kamu dan hartamu milik ayahmu”. (HR Bayhaqi Dalail Nubuwah 6/305)
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf