📣🔊Jangan Sia-Siakan Ibadah Kita Dengan Riya’ & Sum’ah
📖 Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, “Wail (Kecelakaanlah) bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya, dan orang-orang yang berbuat Riya’, … ” (Al-Maa’uun: 4-7)
✅ Ibnu Abbas رضي الله عنهما menafsirkan bahawa makna Al-Wail adalah ungkapan dari dasyatnya azab di akhirat kelak. (Tafsir Ibnu Katsir 1/118)
📕Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya yang paling ditakutkan dari apa yang saya takutkan menimpa kalian adalah asy-syirkul ashghar (syirik kecil), maka para sahabat bertanya, apa yang dimaksud dengan asy-syirkul ashghar? Baginda ﷺ menjawab: “Ar-Riya’.” (HR Ahmad dari sahabat Mahmud bin Labid no. 27742)
❗Yang dimaksud dengan Riya’ adalah memperlihatkan (memperbagus) suatu amalan ibadah tertentu seperti solat, shaum (puasa), atau lainnya dengan tujuan agar mendapat perhatian dan pujian manusia.
❗Semakna dengan Riya’ adalah Sum’ah iaitu memperdengarkan suatu amalan ibadah tertentu yang sama tujuannya dengan Riya’ iaitu supaya mendapat perhatian dan pujian manusia.
📂 Sumber: http://buletin-alilmu.net/2007/05/09/bahaya-riya-dan-cara-pengobatannya/
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf