Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

jangan pernah berhenti berdoa kepada allah

2 tahun yang lalu
baca 2 menit
Jangan Pernah Berhenti Berdoa Kepada Allah

🌳🌵 Jangan Pernah Berhenti Berdoa Kepada Allah

• Al-Imam Sufyan bin Uyainah رحمه الله berkata, “Jangan tinggalkan doa, jangan berhenti berdoa hanya kerana yang kalian ketahui dari diri kalian (dosa atau maksiat). Kerana Allah tetap ijabah (kabulkan) doa Iblis yang merupakan makhluk terburuk. Firman Allah:

فَأَنْظِرْنِي إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

“Iblis berkata, “Ya Tuhanku, maka berilah penangguhan kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan”.” (Al-Hijr: 36)

• Allah kabulkan permintaan Iblis dalam firmanNya:

قال فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ

“Maka sesungguhnya kamu termasuk yang diberi penangguhan” (Al-Hijr: 37)

• Abu Darda رضي الله عنه berkata, “Perbanyaklah doa kerana orang yang memperbanyak mengetuk pintu akan segera dibukakan untuknya.”

• Yahya bin Muadz رحمه الله berkata, “Bagaimana aku akan berhenti berdoa kerana dosa, sementara aku tidak melihatMu (Allah) berhenti memberi kerana dosa (hambaMu).”

• As-Sariy as-Saqothi رحمه الله berkata, “Jadilah seperti anak kecil ketika menginginkan sesuatu dari orang tuanya dan tidak mereka beri, anak itupun menangis (merengek meminta kepada keduanya). Maka jadilah kamu seperti itu jika kamu minta sesuatu kepada Rabbmu dan belum Dia beri, maka menangislah kepadaNya.”

📂 Syuabul Imaan 2/384-387

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf