🔥🗻 Istighfar & Taubat Antara Amalan Kebaikan Terbesar
☝🏼Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله berkata:
▪Taubat termasuk kebaikan yang terbesar dan kebaikan semuanya disyaratkan padanya ikhlas untuk Allah dan sesuai dengan perintahNya dengan mengikuti RasulNya.
▪Demikian pula istighfar termasuk kebaikan yang terbesar yang pintunya sangat luas.
▪Maka barang siapa yang merasa ada kesalahan pada ucapannya, amalannya, kondisinya, rezekinya atau perubahan hatinya, maka hendaklah dia (membenahi/memperbaiki) tauhid dan beristighfar kerana pada keduanya ada ubat selama dengan kejujuran dan ikhlas.
▪Demikian pula jika seorang hamba merasa kurang dalam menunaikan hak-hak kerabatnya, keluarganya, anak-anaknya, tetangganya dan saudara-saudaranya, maka hendaklah dia banyak berdoa dan beristighfar untuk mereka.
▪Hudzaifah bin Yaman berkata pada Nabi ﷺ, “Lisanku tajam pada keluargaku”. Maka Nabi ﷺ katakan kepadanya, “Lalu di mana kamu beristighfar (memohon keampunan)?”. (Beliau menjawab), “Sungguh aku beristighfar kepada Allah dalam sehari seratus kali.” (HR al-Bazzar 7/463 dan an-Nasa’i (alkubro) 6/117)
📂 Majmu Fatawa 11/698
التوبة من أعظم الحسنات والحسنات كلها مشروط فيها الإخلاص لله وموافقة أمره باتباع رسوله والاستغفار من أكبر الحسنات وبابه واسع.
فمن أحس بتقصير في قوله أو عمله أو حاله أو رزقه أو تقلب قلب فعليه بالتوحيد والاستغفار ففيهما الشفاء إذا كانا بصدق وإخلاص.
وكذلك إذا وجد العبد تقصيرا في حقوق القرابة والأهل والأولاد والجيران والإخوان فعليه بالدعاء لهم والاستغفار
قال حذيفة بن اليمان للنبي إن لي لسانا ذربا على أهلي
فقال أين أنت من الاستغفار ؟
إني لأستغفر الله في اليوم مائة مرة. رواه البزار (7/463) والنسائي في الكبرى (6/117)
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf