📃✏📃✏📃✏📃✏📃
📚 Faedah Ilmiah dari Daurah – Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani
💺Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Sabtu, 23 Syawwal 1436H / 8 Ogos 2015M
✳ SESI KELIMA (TERAKHIR):
▪Antara contoh yang menunjukkan pentingnya Tashfiyah dan Tarbiyah ini adalah kisah yang berlaku di negeri Syam. Terdapat sekelompok pemuda yang ingin berbuat sesuatu untuk Islam dan bangkit dengan semangat Islam, serta mendakwahkannya kepada masyarakat.
▪Ianya semangat yang bagus, namun seharusnya mereka harus membekalkan diri mereka dahulu dengan ilmu Islam yang luas dan manhaj (method) yang benar berdasarkan bimbingan Al-Qur’an dan Sunnah. Bukan hanya sekadar berbekalkan dengan niat dan semangat yang baik.
💎 Al-Imam Bukhari berkata, “Berilmu sebelum berkata dan beramal.”
📕Ibnu Mas’ud berkata, “Berapa ramai manusia yang inginkan kebaikkan, tetapi mereka tidak memperolehinya.”
▪Mengapa ini berlaku? Kerana tidak didasari dengan ilmu, yang akhirnya mereka telah terjatuh kepada sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam. Mereka mengajak kaum muslimin berkumpul pada malam Jumaat untuk menghidupkan malam tersebut khusus untuk beribadah kepada Allah. Mereka menyangka bahawa hal itu adalah suatu bentuk ketaatan kepada Allah. Padahal ini bertentangan dengan sabda Rasul:
📕”Janganlah kalian mengkhususkan solat malam pada malam Jumaat dan janganlah kalian mengkhususkan puasa sunnah pada hari Jumaat.” (HR Muslim)
▪Malah ada di antara pemuda ini yang membolehkan nyanyian dan alat-alat muzik. Mereka menyangka bahawa itu halal. Mendengarkan lagu-lagu ketuhanan atau nasyid dari pelbagai siaran radio dan television. Demikianlah kesannya apabila para pemuda ini tidak dididik untuk mengetahui mana yang boleh, dan mana yang tidak boleh, mana yang halal, mana yang haram, mana yang sunnah, mana yang bid’ah.
📖 Allah berfirman, “Di antara manusia ada yang senang dengan perkataan-perkataan yang melalaikan.” (Luqman: 6). -Di dalam tafsir disebutkan perkataan yang melalaikan itu adalah nyanyian dan muzik-.
📕Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya akan ada di kalangan umatku satu kaum yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamr dan alat muzik. Kaum-kaum tersebut tinggal di dekat sebuah gunung. Pada suatu ketika ada seseorang yang datang kepada mereka untuk suatu keperluan. Mereka berkata, “Esok pagi saja engkau datang kemari.” Tapi malam harinya Allah telah binasakan mereka dan ditimpakan kepada mereka runtuhan gunung tersebut. Kemudian Allah mengubah wujud orang-orang yang masih tersisa menjadi kera dan babi sampai datangnya hari kiamat.” (Ash Shahihah)
▪Namun disebabkan kejahilan, ketika mereka menemukan pendapat seorang imam yang membolehkan nyanyian dan alat muzik, iaitu Ibnu Hazm, maka mereka menjadikan pendapat itu sebagai pedoman walaupun jelas-jelas bertentangan dengan dalil dari Al-Qur’an dan Hadits.
▪Kalau begitu dimana hendak kita letakkan Sunnah Nabi yang mulia itu? Sungguh hari ini sunnah betul-betul sudah dilupakan dan dikalahkan dengan pendapat-pendapat manusia, dengan alasan lumrah atau kebiasaan masyarakat dan sebagainya. Sedangkan tolok ukur bagi kebenaran itu bukanlah dengan jumlah manusia yang mengikutinya, malah Allah telah memperingatkan:
📖 “Jika kalian mengikuti kebanyakkan manusia atas muka bumi ini, pasti mereka akan menyesatkan kalian dari jalan Allah.” (Al-An’am: 116)
▪Oleh itu, wajib bagi kita memahami agama ini dengan perantara ahlul ilmi (berguru) yang sesuai dengan bimbingan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Tidak mempelajarinya sendiri. Harus selektif dalam mengambil ilmu, hanya kepada ahlul ilmi yang terpercaya aqidah dan manhajnya. Seperti yang dinasihatkan al-Imam Muhammad bin Sirin:
💎 “Ilmu itu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kalian mengambil agama kalian.”
▪Setelah itu wajib juga bagi kita untuk mendidik generasi seterusnya agar berpegang kepada bimbingan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Inilah jalan keluar bagi kaum muslimin untuk lepas dari segala musibah dan bencana yang selama ini membelenggu mereka, sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasul.
▪Sebagai kesimpulan dari penjelasan Syaikh, ada sebuah kalimah yang membuatkan Syaikh kagum, iaitu sebuah kalimah yang disebutkan oleh ulama:
💎 “Tegakkanlah Daulah Islam dalam diri kalian, nescaya Daulah Islamiyah akan tertegak di bumi kalian!”
▪Oleh sebab itu tidak ada pilihan lain bagi kita kecuali memperbaiki diri dengan cara mengamalkan ajaran-ajaran Islam dengan benar, iaitu dengan berlandaskan ilmu yang sahih, bukan berlandaskan kebodohan dan hawa nafsu. Sehingga akan tegak Daulah Islamiyah di bumi kita ini.
▪Sebagai penutup, saya (Syaikh al-Albani) wasiatkan kepada kaum muslimin (yang mempunyai kemampuan di dalam ilmu), untuk bekerja sama dan saling tolong menolong bagi mewujudkan cita-cita yang mulia ini dengan menjelaskan dan menyampaikan kepada semua orang tentang ajaran-ajaran Islam yang terdapat di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Kemudian kita didik generasi penerus kita untuk berpegang teguh dan mengamalkan apa-apa yang terkandung di dalamnya. Demikianlah nasihat saya, semoga bermanfaat bagi orang-orang beriman.
* Telah dimuroja’ah oleh ustadz.
Alhamdulillah selesai. Semoga Allah merahmati beliau asy-Syaikh Muhammad Nasharuddin al-Albani yang menuangkan ilmu ini ke dalam kitab beliau yang sangat bermanfaat ini. Dan semoga Allah sentiasa menjaga al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf yang mengajarkan kami tentang kitab ini. Moga bermanfaat untuk kita semua.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚