Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

faedah ilmiah dari daurah al-ustadz abu hamzah yusuf – tashfiyah wa tarbiyah li syaikh al-albani (bahagian 4)

9 tahun yang lalu
baca 6 menit
Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf – Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani (Bahagian 4)

📃✏📃✏📃✏📃✏📃

📚 Faedah Ilmiah dari Daurah – Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani
💺Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Sabtu, 23 Syawwal 1436H / 8 Ogos 2015M

✳ SESI KEEMPAT:
▪Telah kita ketahui tentang kaedah-kaedah di dalam Ushul Fiqih, di antaranya:

1⃣ Apabila telah ada nash atau dalil (dari Al-Qur’an dan As-Sunnah), maka gugurlah pendapat-pendapat.
2⃣ Apabila telah datang ketetangan dari Allah, maka gugurlah keterangan dari manusia (akal).
3⃣ Tidak ada ijtihad terhadap nash yang sudah jelas.

▪Namun sangat disayangkan, ianya hanya tinggal sebagai teori, tanpa diyakini dan diamalkan. Jadi bagaimana kita ingin menjalankan petunjuk Rasul yang mengajarkan ubat bagi penyakit yang melanda kaum Muslimin, dengan kembali kepada agama?
▪Contoh, sebahagian pemuda dan para penulis muslim menafsirkan kalimah Lailaha illallah dengan tafsiran, “tidak ada hukum kecuali hukum Allah.” Ini merosak makna sebenar kalimah ini. Semangat para pemuda (yang berniat baik) untuk mewujudkan kejayaan Islam di muka bumi ini patut kita hargai. Akan tetapi sangat disayangkan, semangat mereka tidak didasari ilmu.
▪Mereka berjuang menolak hukum dari manusia dan orang-orang kafir, kerana ianya bukan hukum yang datang dari Allah. Ini sesuatu yang amat bagus. Namun ada keanehan apabila mereka tidak menolak hukum yang datang dari seorang ulama yang ternyata bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Apakah ijtihad ulama yang menyelesihi Al-Qur’an dan As-Sunnah itu diterima sebagai hukum Allah??
▪Sebenarnya tidak ada beza antara hukum buatan manusia/orang kafir dengan ijtihad para ulama yang meyelesihi Al-Qur’an dan Hadits. Hanya saja orang para mujtahid itu jika terjatuh ke dalam kesalahan, mereka mendapat satu pahala, sedangkan orang menganggap baik hukum orang kafir diancam dengan neraka. Namun kedua-dua hukum itu tetap tidak boleh diterima atau digunapakai.
▪Sebuah kaedah yang harus kita terapkan, sebagai seorang Muslim wajib kita tidak boleh mengambil satu perkataan yang berlawanan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, dari manapun asal perkataan tersebut, baik dari orang kafir mahupun dari ijtihad para ulama.
▪Oleh itu, kembali kepada agama ini tidak mungkin kita lakukan tanpa mempelajari Islam dengan benar. Perlu dipelajari ilmu Fiqh Muqarin (Fiqih Perbandingan). Salah satu contohnya adalah, “kalau kamu ingin tahu di mana letak kesalahan gurumu, maka duduklah dengan guru yang lain.” Kaedah ini bagi mengelakkan kita terjatuh ke dalam taqlid buta dengan guru kita.

▪Ketika kita hendak mendirikan Daulah Islamiyah, tentu kita memerlukan satu peraturan dan perundangan yang jelas. Namun terdapat sebahagian penulis muslim yang menulis tentang hukum-hukum Islam yang dijadikan rujukan bagi Daulah Islamiyah. Tetapi kenyataannya hukum-hukum tersebut tidak sepenuhnya berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah.
▪Contohnya tentang hukum qisas. Disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh bahawa apabila seorang muslim membunuh (dengan sengaja) seorang kafir dzimmi, maka dia akan dihukum dengan qisas (bunuh balas dengan bunuh). Manakala ada pendapat lain yang selaras dengan sabda Rasul dalam Shahih Bukhari:

📕”Seorang muslim yang membunuh orang kafir, maka dia tidak dihukum dengan balas bunuh.”

▪Namun masih saja para ulama sekarang ini menetapkan hukum ini untuk digunakan dalam sebuah undang-undang negara, padahal hukum ini bertentangan dengan Sunnah Rasul. Hal ini disebabkan kerana mereka mempelajari kitab-kitab fiqh tertentu saja, tanpa merujuk kepada hadits-hadits Nabi yang sahih. Sikap seperti inilah yang menghalangi kaum muslimin untuk kembali kepada agama Islam yang benar.
▪Oleh kerana itu sekali lagi ditekankan bahawa kembali kepada agama adalah kembali kepada Al-Qur’an dan Hadits.

📕Rasulullah bersabda, “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, kalian tidak akan sesat selamanya selagi kalian berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku. Dan keduanya tidak akan berpisah sampai keduanya bertemu denganku di telaga Haudh.”

▪Jika kita berharap agar memperoleh kemuliaan dari Allah dan juga berharap agar Allah menghilangkan kehinaan dari diri kita, serta menolong kita untuk mengalahkan musuh-musuh kita, maka tidak cukup hanya dengan meluruskan pemahaman dalam agama. Tetapi ada perkara yang sangat penting untuk kita lakukan, iaitu mengamalkannya.
▪Ilmu itu adalah wasilah/perantara untuk beramal. Walaupun ilmunya benar, tetapi kalau tidak diamalkan, tetap saja tidak memberikan hasil. Oleh itu menjadi kewajipan bagi para ulama ketika ini untuk membimbing generasi baru kaum muslimin agar senantiasa berpegang kepada sesuatu yang telah jelas dalilnya dari Al-Qur’an dan Hadits.
▪Oleh itu, setelah kita membersihkan (tashfiyah) ajaran-ajaran Islam dari pendapat manusia, maka langkah selanjutnya adalah dengan mendidik (tarbiyah) kaum muslimin dengan ilmu dan ajaran-ajaran Islam yang sahih.
▪Wajib bagi kita memperhatikan tentang tarbiyah ini berdasarkan ilmu yang sahih. Bukan berdasarkan falsafah dan mantiq yang akan membawa kepada kejelekkan dan kesesatan. Kita harus mengenal segala kejelekkan-kejelekkan dan kelompok-kelompoknya agar kita tidak terjerumus ke dalamnya. Seperti yang dikatakan oleh sahabat, Hudzaifah Ibnu Yemen:

💎 “Aku mengambil tahu tentang kejelekkan itu bukan bererti agar aku terjerumus ke dalamnya. Akan tetapi agar aku dapat berwaspada darinya.”

▪Tashfiyah dan tarbiyah inilah yang insyaAllah akan menghasilkan sebuah generasi masyarakat yang bersih, yang selanjutnya akan menghasilkan sebuah Daulah Islamiyah.

* Telah dimuroja’ah oleh ustadz.

Bersambung SESI KELIMA (terakhir), insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚