Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

faedah ilmiah dari daurah al-ustadz usamah mahri – kitab ahlus sunnah wa i’tiqadudden (bahagian 1)

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Usamah Mahri – Kitab Ahlus Sunnah wa I’tiqadudden (Bahagian 1)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

📚 Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Usamah Mahri:
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Sabtu, 20 Shafar 1436H / 13 Disember 2014M (Sesi 1)
📕 Kitab Ahlus Sunnah wa I’tiqadudden, al-Imam Abu Hatim & al-Imam Abu Zur’ah

🔹Telah disemak dan dibenarkan untuk disebarkan oleh al-Ustadz Usamah Mahri🔹

1⃣ Kitab ini dinukilkan oleh anak al-Imam Abu Hatim, iaini al-Imam Abu Muhammad Abdurrahman, yang bertanyakan kepada Abu Hatim dan Abu Zur’ah tentang keyakinan (aqidah) para imam ahlus sunnah terdahulu untuk mereka sampaikan kepada generasi terkemudian.

2⃣ Manhaj Salafusoleh tidak dibatasi dengan waktu (zaman) dan negeri. Maksudnya apa yang diyakini oleh Salafusoleh itu adalah apa yang diyakini oleh Ahlus Sunnah pada hari ini, walaupun zamannya dan negerinya jauh.

3⃣ Ahlus Sunnah berkeyakinan bahawa iman adalah segala amalan dari lisan, hati, dan perbuatan. Ianya boleh bertambah dan boleh berkurang. Bertambah kerana ketaatan dan berkurang kerana kemaksiatan. Berbeza dengan aqidah kelompok murji’ah yang berkeyakinan bahawa iman itu ma’rifat saja, iaitu iman tu cukup kita mengenal Allah, maka itu sudah dianggap beriman. Sebahagian dari murji’ah mengatakan iman itu hanya meliputi dari amalan lisan dan hati, tidak meliputi amalan perbuatan. Manakala kelompok khawarij berkeyakinan bahawa iman adalah segala amalan lisan, hati dan perbuatan, tetapi ianya tidak bertambah atau berkurang.

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚