Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

faedah ilmiah dari daurah al-ustadz ahmad khodim – kepada para da’i utamakanlah tauhid (bahagian 2)

9 tahun yang lalu
baca 6 menit
Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Ahmad Khodim – Kepada Para Da’i Utamakanlah Tauhid (Bahagian 2)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

📚 Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Ahmad Khodim:
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Sabtu, 14 Jamadil Akhir 1436H / 4 April 2015M
📕Kepada Para Da’i: Utamakanlah Tauhid, karya Syaikh Al-Albani

🔹Telah disemak dan dibenarkan untuk disebarkan oleh al-Ustadz Ahmad Khodim🔹

✳ SESI KEDUA (Bahagian 1): Majoriti Kaum Muslimin Sekarang Tidak Memahami Makna Lailahaillallah Secara Benar

▪Orang Arab muslim pada zaman ini, memerlukan penjelasan sebenar bagi kalimah Lailahaillallah. Kebanyakkan mereka tidak memahami makna sebenarnya dan juga memahaminya berdasarkan pendapat-pendapat aliran mereka sendiri.
▪Berbeza dengan Arab musyrik pada zaman Nabi, apabila Rasul menyeru supaya mereka berkata Lailahaillallah, mereka menolak dan menyombongkan diri.

📖 “Sesungguhnya mereka dahulu apabila dikatakan kepada mereka, Lailahaillallah, mereka menyombongkan diri.” (Al-Safat: 35)

▪Mereka menolak dan menyombongkan diri kerana mereka memahami makna kalimah ini, yang kesannya akan menyebabkan mereka tidak boleh menjadikan sebarang sekutu bagi Allah dan tidak boleh beribadah kepada selain Allah. Sedangkan amalan mereka pada waktu itu:
1⃣ Beribadah kepada selain Allah
2⃣ Berdoa kepada selain Allah
3⃣ Meminta tolong kepada selain Allah
4⃣ Bernazar kepada selain Allah
5⃣ Bertawassul kepada selain Allah
6⃣ Menyembelih korban untuk selain Allah
7⃣ Berhukum dengan bukan hukum Allah

▪Begitu juga dengan majoriti kaum muslimin pada hari ini, mereka tidak memahami maknanya dengan benar, bahkan memahaminya secara berlawanan. Contohnya, seorang tokoh Sufi di Syria yang bernama Muhammad al-Hashimi, menulis sebuah risalah tentang makna Lailahaillallah, kemudian ditafsirkan menjadi Larabbaillallah (tidak ada pengatur/pencipta selain Allah)!!
▪Makna ini dipercayai dan diyakini oleh kaum musyrik di zaman Nabi. Namun itu tidak membuatkan mereka menjadi seorang yang beriman, berdasarkan firman Allah:

📖 “Dan sungguh, jika kamu (Muhammad) tanyakan kepada mereka (musyrikin), “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”, pasti mereka akan menjawab, “Allah”. Katakanlah, “Segala puji bagi Allah”, tetapi kebanyakkan mereka tidak mengetahui.” (Luqman: 25)

▪Orang musyrik beriman alam semesta ini Allah yang menciptakannya. Akan tetapi ketika mereka beribadah, mereka menyekutukanNya dengan yang lain.

📖 “Dan orang yang mengambil pelindung selain Dia (berkata), “Kami tidak menyembah mereka melainkan (berharap) agar mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya.” (Al-Zumar: 3)

▪Oleh itu, apabila seorang Muslim berkata Lailahaillallah, dan beribadah kepada selainNya, maka tidak ada bezanya antara dia dan orang musyrik (secara aqidah).
▪Realiti hidup yang dialami oleh kebanyakkan muslim sekarang lebih buruk daripada apa yang dialami orang Arab Jahiliyah, iaitu mereka salah memahami makna kalimah thoyibah ini. Orang Arab musyrik mereka memahami maknanya dengan benar, sebab itu mereka tidak mahu menerima dan beriman dengannya. Adapun umat Islam pada hari ini, mengucapkannya tetapi tidak meyakininya, kerana memahaminya dengan makna yang tidak benar.
▪Begitu juga apabila mereka salah dalam memahami makna “beribadah” di kuburan. Mereka menganggap yang dimaksudkan dengan “beribadah” di kuburan itu adalah sujud atau solat di kuburan. Sedangkan makna ibadah itu adalah segala sesuatu yang Allah cintai dan redhai (perintahkan). Maka apabila seseorang meminta (berdoa) sesuatu di kuburan atau menyakini pemilik kubur (orang yang telah mati) itu dapat membantu mereka, maka itu bermaksud mereka telah beribadah kepada kuburan, walaupun mereka tidak sujud atau solat di kuburan. Ini yang sering terjadi dikalangan kelompok Syiah dan Sufi.
▪Oleh itu, tidak ada manfaatnya apabila kita mengumpulkan atau menyatukan kaum muslimin dalam satu kumpulan, tetapi kita membiarkan mereka dalam kekeliruan tanpa memahami makna kalimah thoyibah ini. Kerana Nabi telah bersabda:

📕”Siapa yang mati sedangkan dia bersaksi bahawa tiada sembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah dengan penuh keikhlasan dari hatinya, maka Allah akan haramkan jasadnya dari api neraka.”

▪Siapa saja yang mengucapkan kalimah thoyibah ini dengan lisannya, sedangkan keyakinan dari makna kalimah tersebut tidak benar, maka hal itu tidak memberi manfaat bagi dirinya di akhirat kelak. Manusia sering lalai dalam hal meyakini dengan benar di dalam hatinya.
▪Sama seperti halnya orang Yahudi dan Nasrani, mereka mengetahui Muhammad adalah seorang utusan yang benar, tetapi pengetahuan mereka itu tidak bermanfaat bagi mereka kerana mereka tidak mahu meyakini (beriman) di dalam hatinya.

📖 “Meraka (Yahudi dan Nasrani) mengenali Muhammad seperti mereka mengenali anak-anak mereka sendiri.” (Al-Baqarah: 146 & Al-An’am: 20)

▪Kesimpulannya, siapa saja yang mengucapkan kalimah thoyibah ini dengan lisannya, namun dia tidak memahami maknanya dengan benar, ataupun memahami maknanya tetapi tidak mengimani makna tersebut, maka kalimah Lailahaillallah ini tidak akan memberi manfaat baginya di akhirat nanti.
▪Oleh itu, dalam berdakwah kepada setiap lapisan masyarakat atau jamaah-jamaah yang berusaha untuk merealisasikan masyarakat Islam, mendirikan Daulah Islamiyah, mesti menumpukan dakwah kita kepada Tauhid. Mahu tidak mahu mereka tidak akan dapat merealisasikannya melainkan mereka memulakannya dengan apa yang Rasul mulakan.

✳ SESI KEDUA (Bahagian 2): Kewajiban Mengutamakan Tentang Aqidah Bukan Bermakna Mengabaikan Syariat-Syariat Lain, Iaitu Berupa Ibadah, Muamalah & Akhlak

▪Perlu ditegaskan, tidak bermaksud dengan mengulangi perbincangan tentang aqidah ini, supaya para pendakwah membatasi dakwah hanya pada kalimah thoyibah saja. Sudah menjadi kewajipan bagi para pendakwah membawa Islam secara menyeluruh (ibadah, muamalah dan akhlak) dan tidak sebahagian-sebahagian.
▪Ramai dari kaum muslimin yang mentauhidkan Allah, yang melaksanakan ibadah mereka hanya untuk Allah, namun kefahaman mereka tentang tauhid itu tidak menepati sepertimana yang disebut di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Mereka tidak memperhatikan apa yang tersirat dari dalil tersebut, padahal hal itu termasuk dari kesempurnaan iman seseorang kepada Allah.
☝Sebagai contoh, aqidah tentang keimanan kepada salah satu sifat Allah iaitu al-‘Uluw iaitu Maha Tinggi atas makhluknya. Mereka yang bertauhid, berkeyakinan bahawa Allah berada di atas ‘Arasy. Akan tetapi apabila datang syubhat kepada mereka melalui orang-orang Mu’tazilah, Jahmiyah, Asy’ariyah dan Maturidiyah, yang memahami dengan zahir ayat, maka dia menjadi keliru dengan aqidahnya sendiri.
❗Mengapa hal ini boleh terjadi? Kerana mereka belum menerima (memahami) aqidah yang benar itu berdasarkan penjelasan yang benar dari Al-Qur’an dan Hadits. Apabila datang syubhat, mereka menjadi keliru dan tidak mampu membantahnya.

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚