Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

faedah ilmiah dari daurah al-ustadz ahmad khodim – kepada para da’i utamakanlah tauhid (bahagian 1)

9 tahun yang lalu
baca 5 menit
Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Ahmad Khodim – Kepada Para Da’i Utamakanlah Tauhid (Bahagian 1)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

📚 Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Ahmad Khodim:
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Jumaat, 13 Jamadil Akhir 1436H / 3 April 2015M
📕Kepada Para Da’i: Utamakanlah Tauhid, karya Syaikh Al-Albani

🔹Telah disemak dan dibenarkan untuk disebarkan oleh al-Ustadz Ahmad Khodim🔹

✳ SESI PERTAMA: Wajib Mengutamakan Perkara Tauhid & Tumpukan Perhatian Kepadanya Terlebih Dahulu Kerana Ia Sesuai Dengan Manhaj (Method) Para Nabi & Rasul

❓Soalan:
Akibat dari melihat kepada realiti keadaan umat Islam yang ada pada hari ini, yang kebanyakkannya:
🔸Jahil dalam aqidah dan persoalan keimanan
🔸Berselisih faham dalam manhaj (method)
🔸Mengabaikan cara penyebaran dakwah sesuai dengan akidah dan manhaj generasi pertama (Sahabat)

❗Maka, dengan semangat untuk melakukan perubahan dan membaiki kerosakkan, ramai yang melaksanakannya melalui jalan jamaah-jamaah Islam dan parti yang pelbagai, yang sebenarnya hanya mencetuskan fitnah dan kekecohan di kalangan umat. Dari itu:
1⃣ Apa nasihat anda (Syaikh al-Albani) untuk para pengikut jamaah-jamaah tersebut?
2⃣ Apa cara-cara yang bermanfaat dan berkesan dalam menangani kenyataan ini?
3⃣ Bagaimana seorang Muslim untuk bebas dari tanggungjawab ini di hadapan Allah pada hari kiamat nanti?

💎 Jawapan:
▪Tidak diragukan lagi bahawa realiti Arab masa Jahiliyiah sama dengan apa yang dialami oleh kebanyakkan golongan Muslim hari ini. Oleh itu, kami katakan, untuk jalan penyelesaiannya adalah sama dengan jalan penyelesaian yang Rasulullah tempuh dengan menggunakan ubat (cara) yang sama, iaini memperbaiki kesalahan dalam memahami makna kalimah Laillahaillallah, dan menanganinya dengan ubat yang telah Rasul gunakan.

📖 “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu” (Al-Ahzab: 21)

▪Contoh permisalan tentang ayat ini, adalah yang datang dari HR Ibnu Majah & Ibnu Abi Hatim. Ketika Hafs Ibnu ‘Asim bertanya kepada Ibnu Umar, aku melihat ketika kau berpergian (safar), kamu tidak melakukan solat qobliyah dan ba’diyah. Lalu Ibnu Umar berkata, wahai anak saudaraku, Aku menemani Rasulullah dalam safar dan beliau tidak pernah melakukan solat qobliyah dan ba’diyah ketika safar. Dan Allah telah berfirman :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh tauladan yang baik bagimu.” (Al-Ahzab: 21)”

▪Rasulullah adalah tauladan paling baik yang patut dijadikan contoh dalam menyelesaikan masalah-masalah kaum
muslimin dalam keadaan apapun dan bilapun.
▪Dengan demikian kita perlu memulakan dakwah ini dengan memperbetulkan dari aspek aqidah terlebih dahulu, kemudian ke aspek ibadah dan akhlak. Urutan ini hanya menunjukkan aspek yang terpenting dari tiga aspek yang penting bagi umat.
▪Kita telah mengetahui sekarang bermunculan pelbagai jenis jamaah dalam dakwah, contohnya yang dikenali sebagai Jama’ah al-Tabligh. Namun keadaan mereka adalah sepertimana Allah firmankan:

📖 “Tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui.” (Al-A’raf: 187)

❌ Dilihat dari cara mereka berdakwah, diketahui bahawa mereka tidak mengambil berat perkara utama atau perkara yang paling penting dari tiga perkara yang telah saya sebutkan, iaini aqidah, ibadah dan akhlak. Mereka enggan melakukan pemurnian (islah) aqidah sebagaimana Rasul telah mulakan dengannya, bahkan seluruh para Nabi telah memulakannya.

📖 “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus seorang Rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”.” (Al-Nahl: 36)

▪Syaikhul Islam Muhammad at-Tamimi di dalam Ushul Tsalatsah menjelaskan bahawa Thaghut itu banyak, tetapi yang menjadi pimpinannya ada lima:
1⃣ Iblis
2⃣ Orang yang diibadahi dan dia redha
3⃣ Orang yang menyeru beribadah kepada dirinya
4⃣ Orang yang mengaku mengetahui ilmu ghaib
5⃣ Orang yang berhukum dengan hukum selain Allah

▪Demikian juga Sunnah Nabi secara amalan mahupun pengajaran. Ketika Nabi mengutus Mu’adz ke Yemen, baginda bersabda:

📕”Hendaklah perkara pertama yang engkau dakwahkan kepada mereka ialah kesaksian bahawasanya tiada sembahan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, maka jika mereka mentaati hal itu…” (HR Bukhari & Muslim)

▪Demikianlah Nabi dan Sahabat berdakwah dengan memulakan tentang perkara aqidah dan tauhid.

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚