Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

enam pembahasan penting terkait bulan sya’ban (bahagian 2 – selesai)

8 tahun yang lalu
baca 4 menit
Enam Pembahasan Penting Terkait Bulan Sya’ban (Bahagian 2 – Selesai)

📩🔏 Enam Pembahasan Penting Terkait Bulan Sya’ban (Bahagian 2 – Selesai)

📜4⃣: Mengkhususkan Malam Nishfu Sya’ban dengan Qiyamullail.

Ini juga merupakan perkara baru dalam agama. Tidak ada dari Nabi ﷺ bahawa baginda dulu mengkhususkan malam tersebut dengan Qiyamullail.
Namun, malam tersebut kedudukannya seperti malam-malam lainnya. Apabila seseorang sudah terbiasa melaksanakan Qiyamullail, maka silakan dia melakukan Qiyamullail pada malam tersebut, melanjutkan kebiasaannya pada malam-malam lainnya. Apabila seseorang bukan kebiasaannya Qiyamullail, maka dia tidak boleh mengkhususkan malam Nishfu Sya’ban dengan Qiyamullail, kerana itu tidak ada dasarnya dari Nabi ﷺ. Yang lebih jauh dari ini, bahawa sebahagian orang mengkhusus Qiyamullail pada malam ini dengan jumlah rakaat tertentu, yang tidak ada dasarnya dari Nabi ﷺ. Jadi, kita tidak mengkhususkan malam Nishfu Sya’ban dengan Qiyamullail.

📜5⃣: Benarkah Ada Penentuan Takdir Pada Malam Tersebut?
Maknanya: Apakah Pada malam tersebut (iaini Nishfu Sya’ban) ditentukan takdir pada tahun tersebut?

Jawapannya: Tidak. Malam itu bukanlah Lailatul Qadar. Adapun Lailatul Qadar ada pada bulan Ramadhan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

📖 “Sesungguhnya Kami menurunkannya” iaini al-Quran.

📖 “Seseungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar. Apakah yang kalian tahu tentang Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Qadar: 1-3)

📖 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman juga, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran.” (Al-Baqarah: 185)

Atas dasar ini, Lailatul Qadar itu ada pada bulan Ramadhan. Kerana malam tersebut merupakan malam yang Allah menurunkan Al-Quran. Al-Qur’an turun pada bulan Ramadhan. Maka pastilah, bahawa Lailatul Qadar itu pada bulan Ramadhan, bukan pada bulan-bulan lainnya. Termasuk malam Nishfu Sya’ban, malam itu bukanlah malam Lailatul Qadar. Pada malam Nishfu Sya’ban tidak ada penentuan Takdir apapun yang terjadi tahun tersebut. Namun malam tersebut adalah seperti malam-malam lainnya.

📜6⃣: Membuat Makanan pada hari pertengahan Sya’ban.

Sebahagian orang membuat makanan pada hari pertengahan Sya’ban, untuk dibahagikan kepada kaum fakir, dengan mengatakan, “Ini atas makan malam dari Ibu”, “Ini makan malam dari ayah”, atau “Ini makan malam dari kedua orang tua”. Ini juga perkara baru dalam agama. Kerana itu tidak ada dasarnya dari Nabi ﷺ, tidak pula dari sahabat radhiyallahu ‘anhum.

Inilah enam pembahasan yang aku ketahui. Mungkin saja masih ada hal-hal lain yang tidak aku ketahui, yang wajib atasku untuk menjelaskannya kepada anda semua.

Aku memohon kepada agar menjadikan kami dan anda semua termasuk orang-orang yang menebarkan Sunnah dan meninggalkan perkara baru dalam agama, menjadikan kami dan anda semua para pembimbing yang mendapat hidayah, serta menjadikan kami dan anda semua termasuk orang-orang yang bertauladan dan mengambil bimbingan dari bimbingan Nabi ﷺ.

📂 Majmu’ah Manhajul Anbiya

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf