📩🔏 Enam Pembahasan Penting Terkait Bulan Sya’ban (Bahagian 1)
📌 Oleh asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin رحمه الله
🎙Amma Ba’d. Wahai kaum muslimin, kita berada/menghampiri di bulan Sya’ban. Kami akan menjelaskan tentangnya dalam enam pembahasan. Di dalamnya akan kami paparkan hal-hal yang wajib atas kami untuk menjelaskannya. Kita memohon kepada Allah agar memberikan rezeki kepada kami dan kepada anda semua ilmu yang bermanfaat dan amal soleh.
📜1⃣: Puasa Sya’ban
Apakah bulan Sya’ban memiliki kekhususan untuk dilakukan padanya puasa, dibanding bulan-bulan lainnya?
Jawapannya: Ya. Sesungguhnya dulu Nabi ﷺ banyak berpuasa padanya (pada bulan Sya’ban, -pent.). Hingga baginda berpuasa pada Sya’ban seluruhnya kecuali sedikit (iaini beberapa hari saja yang tidak berpuasa). Atas dasar ini, termasuk sunnah adalah seseorang memperbanyak puasa pada bulan Sya’ban, dalam rangka mentauladani Rasulullah ﷺ.
📜2⃣: Puasa Nishfu Sya’ban (Pertengahan Sya’ban)
Iaini berpuasa pada hari pertengahan Sya’ban secara khusus. Maka dalam masalah ini, ada beberapa hadits lemah, tidak sah dari Nabi ﷺ, dan tidak boleh diamalkan. Kerana segala sesuatu yang tidak sah dari Rasulullah ﷺ maka tidak boleh seseorang untuk beribadah kepada Allah dengganya.
Atas dasar ini, tidak boleh dilakukan puasa pada pertengahan Sya’ban secara khusus. Kerana amalan itu tidak ada dasarnya dari Rasulullah ﷺ. Sesuatu yang tidak ada dasarnya maka ianya termasuk perkara baru dalam agama.
📜3⃣: Tentang Keutamaan Malam Nishfu Sya’ban
Dalam masalah ini juga ada hadits-hadits yang lemah, tidak sah dari Nabi ﷺ. Atas dasar itu, malam Nishfu (pertengahan) Sya’ban kedudukannya seperti malam pertengahan Rejab, atau pertengahan Rabi’ul Awal atau akhir, atau pertengahan Jumada, dan bulan-bulan lainnya. Tidak ada kelebihan untuk malam tersebut (iaini malam Nishfu Sya’ban) sedikitpun. Kerana hadits-hadits yang ada tentangnya adalah lemah.
Bersambung insyaAllah.
📂 Majmu’ah Manhajul Anbiya
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf