📚⚖ Berdoalah Agar Kita Diberikan Kitab Catatan Dari Sebelah Kanan & Diringankan Hisab
📖 Allah ﷻ berfirman, “Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya. Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah.” (Al-Insyiqaq: 7-8)
📕 Al-Imam Ahmad meriwayatkan dari Aisyah رضي الله عنها, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang dibahas (diteliti dengan rinci, -pen.) perhitungan amalannya, ia akan diseksa.” Aisyah bertanya, “Bukankah Allah berfirman, ‘Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah’?” Baginda menjawab, “Itu bukanlah hisab, akan tetapi hanya diperlihatkan (amalannya semasa di dunia, -pen.) Barang siapa yang diteliti hisabnya pada hari kiamat, ia akan diseksa.” (Musnad Ahmad, 6/74, al-Bukhari 4939, Muslim 2876/79, at-Tirmidzi 3337, dan Ibnu Jarir dalam tafsirnya 30/74)
📕 Ahmad meriwayatkan dari Aisyah رضي الله عنها, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah ﷺ berdoa dalam sebahagian solatnya:
اللهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا
“Ya Allah, hisablah aku dengan perhitungan yang ringan.” Setelah selesai solat, aku tanyakan, “Wahai Rasulullah, apakah hisab yang ringan itu?” Baginda bersabda, “Dia melihat pada kitab catatan amalannya, lalu dia dimaafkan. Barangsiapa yang diteliti hisabnya, dia akan diseksa.” (Musnad Ahmad 6/48, hadits di atas sahih sesuai dengan syarat Muslim)
📂 (Kitab Umdatuttafsir ‘an al-Hafizh Ibni Katsir -Mukhtashar Tafsir al-Qur’anil Azhim-, karya asy-Syaikh Ahmad Syakir, terbitan Attuqa)
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf