Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

berbuat baik kepada isteri

2 tahun yang lalu
baca 2 menit
Berbuat Baik Kepada Isteri

🌹🌷Berbuat Baik Kepada Isteri

• Ibnu Hazm رحمه الله berkata, “Berbuat baik kepada isteri merupakan kewajipan, oleh kerana itu tidak halal bagi seorang suami mencari-cari kesalahan isterinya berdasarkan firman Allah:

وعاشروهن بالمعروف

“Dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut.“ (An-Nisa: 19)

Juga firman Allah:

ولا تضاروهن لتضيقوا عليهن

“Dan janganlah kamu menyusahkan mereka (dengan ucapan magupun perbuatan) untuk menyempitkan mereka.” (Ath-Tholaq: 6).” (Muhalla 10/72)

• Al-Imam Malik bin Anas رحمه الله berkata, “Barang siapa yang diundang makan, maka hendaklah dia kirim ke rumah untuk dia makan bersama isterinya.“

Beliau menjelaskan bahawasanya, “Buruk bagi seorang suami ketika dia makan yang enak-enak sementara dia tinggalkan isterinya”.” (Umdatul Qori 11/198)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

Oleh:
admin