️⛺ Apakah Perlu Membaca Doa Sebelum Jimak Dalam Keadaan Isteri Sedang Hamil
• Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata, “Jika seorang suami menggauli isterinya dalam keadaan hamil, apakah tetap dia membaca doa:
بسم الله اللهم جنبنا الشيطان وجنب الشيطان ما روقتنا
atau dia tidak perlu membacanya? Kerana anak (janin) telah wujud.
Kita katakan: Yang lebih afdhal adalah tetap dia membacanya, kerana Imam Ahmad berkata, “Jimak itu menambah kekuatan, pendengaran dan penglihatan bagi janin.”
Oleh kerana itu Nabi ﷺ bersabda:
لا يحل لامرئ يؤمن بالله واليوم الأخر أن يسقي ماءه زرع غيره
“Tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan hari akhir untuk menyiramkan airnya (sperma) di tanaman orang lain.” (HR Abu Dawud 2158, at-Tirmidzi 1131 dan Ahmad 16990 dari Ruwayfi bin Tsabit).
(Makna hadits jika seorang wanita hamil dari seseorang, maka tidak halal bagi yang lain untuk menjimaki wanita ini dan Nabi ﷺ katakan menyirami tanaman orang lain bererti jimak itu bermanfaat bagi janin).
Hadits ini mengisyaratkan bahawasanya janin itu mendapat faedah (kesan) dari jimak, maka hendaknya tetap dia membaca doa itu.” (Ta’liq Shahih Bukhari 16/437)
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf