Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

apakah ada khilaf dalam masalah aqidah di kalangan ahlus sunnah?

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Apakah Ada Khilaf Dalam Masalah Aqidah Di Kalangan Ahlus Sunnah?

🌺🌹Soal Jawab Seputar Pelajaran Kitab Ushul as-Sunnah Bersama asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali

⚡Apakah Ada Khilaf Dalam Masalah Aqidah Di Kalangan Ahlus Sunnah?

❓Soal:
Apa boleh dikatakan bahawa Ahlus Sunnah tidak pernah berselisih pada perkara pokok-pokok aqidah selamanya?

✅ Jawab:
☝Kami katakan bahawa PARA SAHABAT TIDAKLAH BERSELISIH (DALAM PERKARA AQIDAH). Adapun Ahlus Sunnah (secara umum), maka di antara tokoh terkemuka mereka ada yang terjatuh pada sebahagian khilaf panjang lebar, tetapi tidak mempengaruhi manhaj. Seperti masalah bahawa Islam dan Iman adalah perkara yang satu ataukah dua perkara yang berbeza, dan masing-masingnya memiliki sandaran. Adapun yang benar ialah bahawa Islam dan Iman merupakan dua perkara yang berbeza. Sebagaimana dalam hadits Jibril bahawa yang dimaksud dengan Islam ialah amalan-amalan zhahir, sedangkan Iman ialah amalan-amalan batin.

📕”Islam itu dengan kau bersaksi bahawa tiada sesembahan yang benar kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah, engkau menegakkan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan berhaji ke rumah Allah jika kau mampu mengadakan perjalanan kepadanya.”

📕”Iman (ialah engkau beriman) kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya…” (HR Bukhari)

☝Sebab itu, kedua kata ini (Islam dan Iman) jika disebutkan bersama, maknanya berbeza. Akan tetapi, jika (disebutkan) terpisah, maknanya sama. Dan khilaf semacam ini tidaklah membahayakan (aqidah), insyaAllah.”

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

📚