️ Anjuran Untuk Menikah & Berusaha Untuk Tidak Meninggal Dalam Keadaan Membujang
• Dari Utsman bin Affan رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
من كانَ منْكم ذا طَولٍ فليتزوَّج
“Barang siapa dari kalian yang punya kemampuan, maka hendaknya dia menikah.” (HR Nasa’i, Shahih Nasa’i 2242)
• Al-Qomah berkata, suatu ketika aku diminta berjalan bersama Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه, lalu kami berjumpa dengan Utsman رضي الله عنه, maka Utsman berkata:
يا أبا عبد الرحمن، ألا أزوجك جارية شابة لعلها تذكرك بعض ما مضى من زمانك.
“Whai Abu Abdurrahman, mahukah engkau kami nikahkan engkau dengan gadis yang muda belia, kerana dia akan mengembalikan dirimu muda seperti dahulu.” (AR Ibnu Abi Syaibah, Mushonnaf 3/453)
• Dari az-Zuhri, bahawa Syaddad bin Aws رضي الله عنه dalam keadaan beliau telah buta, beliau berkata:
زوجوني فإن رسول الله ﷺ أوصاني أن لا ألقى الله أعزب
“Nikahkan aku, kerana Rasulullah ﷺ berwasiat kepadaku agar aku tidak berjumpa dengan Allah dalam keadaan membujang.” (AR Ibnu Abi Syaibah 3/453)
• Dari Hasan, bahawa Muadz رضي الله عنه dalam keadaan beliau sakit yang beliau wafat kerananya (sakit parah) beliau berkata:
زوجوني إني أكره أن ألقى الله أعزبا
“Nikahkan aku, kerana aku tidak ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan membujang.” (AR Ibnu Abi Syaibah 3/453)
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf