🌴🌹Amanat Salaf & Nasihat Mereka Secara Rahsia
• Al-Imam Yahya bin Ma’in رحمه الله berkata, “Afan salah dalam dua puluh sekian hadits, aku ingatkan kepadanya secara rahsia dan hal itu tidak aku beritahukan kepada siapapun. Sementara itu Kholaf bin Salim ingin mendapati kesalahan Afan, maka dia meminta kepadaku untuk aku sampaikan kepadanya kesalahan-kesalahan Afan, tetapi aku tidak beritahukan kepadanya.”
• Al-Imam Yahya bin Ma’in رحمه الله juga berkata, “Tidaklah aku melihat kesalahan pada seseorang sama sekali kecuali aku tutupi, bahkan aku ingin memperindah urusannya. Dan aku juga tidak pernah menampakkan pada seseorang sesuatu yang tidak dia senangi, akan tetapi aku sampaikan kesalahannya secara rahsia antara aku dan dia. Dia mahu terima nasihat itu dariku atau kalau tidak aku tinggalkan.”
(Siyar A’lam Nubala 11/83)
رحمهم الله رزقنا الاقتداء بهم
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf