Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

amalan sunnah bagi mengelak gangguan jin/syaitan

8 tahun yang lalu
baca 2 menit
Amalan Sunnah Bagi Mengelak Gangguan Jin/Syaitan

💯📣 Amalan Sunnah Bagi Mengelak Gangguan Jin/Syaitan

☝🏼Al-Ustadz Muhammad ‘Afifuddin memberikan bimbingan dari Sunnah Rasulullah ﷺ, antara amalan bagi mengelakkan diri dari gangguan jin/syaitan:

1⃣ Membaca Ta’awwudz terutama ketika marah
أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

2⃣ Membaca Surah Al-Falaq & An-Nas,

3⃣ Membaca Ayat Qursi terutama ketika hendak mahu tidur,

4⃣ Membaca Surah Al-Baqarah & Ali-Imran terutama di rumah-rumah,

5⃣ Ketika hendak masuk waktu maghrib, ajak anak-anak masuk ke dalam rumah, dan tutup jendela dan pintu dengan membaca Basmallah,

6⃣ Tutup bejana-bejana dengan baca Basmallah,

7⃣ Membaca doa ketika singgah di tempat baru
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

8⃣ Membaca Basmallah ketika tergelincir/jatuh dan dalam setiap pergerakkan/pekerjaan,

9⃣ Membaca doa masuk tandas
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

📂 (Faedah ilmiah dari Daurah Kajian Tentang Jin, Sihir & Ruqyah, al-Ustadz Muhammad ‘Afifuddin, Sesi Keempat, Masjid Ma’had al-Manshuroh Banjarbaru KalSel, Syawwal 1437H)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf