Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

ahlus sunnah itu tidak memastikan seseorang sebagai syahid

6 tahun yang lalu
baca 2 menit
Ahlus Sunnah Itu Tidak Memastikan Seseorang Sebagai Syahid

🌹🌅 Ahlus Sunnah Itu Tidak Memastikan Seseorang Sebagai Syahid

☝🏼Al-Imam al-Bukhari رحمه الله dalam kitabnya Sahih al-Bukhari, yang sebahagian ulama menyebutkannya sebagai kitab yang paling sahih setelah Kitabullah, oleh kerananya umat Islam menyambutnya dengan lapang dada, beliau meletakkan sebuah bab berjudul:

❗“TIDAK BOLEH SESEORANG MENGATAKAN FULAN SYAHID”❗

📕 Lalu beliau menyebutkan riwayat, Abu Hurairah berkata dari Nabi ﷺ, “Allah lebih tahu siapakah yang (benar-benar) berjihad di jalanNya, Allah lebih tahu siapakah yang terluka di jalanNya.”

✅ Ibnu Hajar menerangkan, “[Tidak Boleh Mengatakan Fulan Syahid] iaini dengan memastikan hal itu kecuali dengan (berita) dari wahyu, seolah-olah beliau (al-Bukhari) mengisyaratkan kepada hadits Umar bahawa beliau berkhutbah lalu mengatakan, “Kalian katakan dalam peperangan-peperangan kalian ‘fulan syahid’ dan ‘fulan mati syahid’, barangkali dia telah memberatkan kendaraannya, ketahuilah janganlah kalian mengatakan semacam itu akan tetapi katakanlah seperti yang dikatakan Rasulullah ﷺ, “Barangsiapa yang meninggal atau terbunuh di jalan Allah maka dia syahid”.” (Hadits hasan riwayat Ahmad dan Said bin Manshur dan selain keduanya)

📂 http://salafy.or.id/blog/2008/11/23/vonis/

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf