🍚📆 Definisi Zakat Fitrah & Waktu Mengeluarkannya
❓Asy-Syaikh Ibnu ‘Utsaimin رحمه الله ditanya tentang hukum mengeluarkan zakat fitrah pada sepuluh hari pertama pada bulan Ramadhan?
✅ Beliau رحمه الله menjawab, “Kata Zakat Fitrah berasal dari kata al-Fithr (berbuka), kerana dari al-Fithr inilah sebab dinamakan Zakat Fitrah. Apabila berbuka dari Ramadhan merupakan sebab dari ini, maka zakat ini terkait dengannya dan tidak boleh mendahuluinya (dari berbuka -masuk Syawal- red). Oleh sebab itu, waktu yang paling utama dalam mengeluarkannya adalah pada hari ‘Ied sebelum solat (‘Ied).
☝🏼Akan tetapi, diperbolehkan untuk mendahului (dalam mengeluarkannya) sehari atau dua hari sebelum ‘Ied kerana memberi kelapangan bagi yang memberi dan yang menerima. Adapun zakat yang dilakukan sebelum hari-hari tersebut, menurut pendapat yang kuat dari para ulama adalah tidak boleh.
⏰ Berkaitan dengan hal ini ada dua bahagian waktu:
1⃣ Waktu yang diperbolehkan, iaitu sehari atau dua hari sebelum ‘Ied
2⃣ Waktu yang utama, iaitu pada hari ‘ied sebelum solat
❗Adapun mengakhirkannya hingga selesai melaksanakan solat, maka hal ini haram (terlarang) dan tidak sah sebagai zakat fitrah. Ini berdasarkan hadits ‘Abdullah Ibnu Abbas رضي الله عنهما,
📕“Barang siapa menunaikannya sebelum solat, maka zakatnya diterima. Barang siapa menunaikannya setelah solat, maka itu termasuk dari sedekah.”
☝🏼Kecuali apabila orang tersebut tidak mengetahui (bila) hari ‘Ied. Misalnya dia berada di padang pasir dan tidak mengetahui kecuali dalam keadaan terlambat atau yang semisal hal itu; maka tidak mengapa baginya untuk menunaikannya setelah solat ‘Ied, dan itu mencukupi sebagai zakat fitrah.”
📂 Sumber: http://asysyariah.com/seputar-zakat-fitrah/
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf