Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

bagaimana sahabiyah menjaga harga diri sebagai seorang wanita

setahun yang lalu
baca 3 menit
Bagaimana Sahabiyah Menjaga Harga Diri Sebagai Seorang Wanita

🌹👜 Bagaimana Sahabiyah Menjaga Harga Diri Sebagai Seorang Wanita

• Sofiyah bintu Abdul Mutholib رضي الله عنها. Beliau merupakan bibi (mak saudara) Rasulullah ﷺ dan ibu kepada Zubair bin Awwam serta beliau pula merupakan saudari kandung Hamzah, Muqowim dan Hijl. Ibu mereka adalah Halah bintu Wuhaib.

• Tidak diperselisihkan tentang keislamannya. Beliau pula ikut dalam perang Uhud dan beliau sangat sedih atas terbunuhnya saudara beliau Hamzah.

• Pada perang Khandak, beliau membunuh seorang Yahudi yang datang mengelilingi benteng di mana beliau berada di dalamnya. Beliau katakan kepada Hasan (bin Tsabit), turun dan bunuhlah Yahudi itu, namun Hasan menolak, maka beliau sendiri yang turun lalu membunuh Yahudi tersebut. Kemudian beliau berkata (kepada Hasan), turun dan ambillah salabnya (segala harta dan barang yang ada pada korban), kerana kalau saja dia (korban) itu bukan seorang lelaki, nescaya aku akan ambil salabnya. Namun jawab Hasan, “Aku tidak memerlukannya”. Sofiyah bintu Abdul Mutholib merupakan wanita pertama yang membunuh Yahudi.
(Bidayah wa Nihayah 7/119)

• Kisah ini pelajaran dan tauladan bagi setiap Muslimah, kehormatan dan harga diri seorang wanita sebagaimana Sofiyah menjaga dari seorang lelaki, walaupun sudah dalam keadaan mati, bahkan dalam situasi perang dan kaum muslimin dalam keadaan sedang mendapat kemenangan, tetap beliau menjaga diri dan kehormatannya (beliau tidak mahu mendekat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya).

• Lalu di manakah kehormatan dan harga diri seorang wanita yang bercampur baur dan berdesak-desakan dengan kaum lelaki (yang masih hidup) terlebih lagi dengan menggunakan wewangian dan perhiasannya??

الله يهديهن ويصلحهن

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf