Atsar.id
Atsar.id oleh Atsar ID

apa benar, bid'ah terbagi menjadi 2 jenis ?

9 tahun yang lalu
baca 3 menit

APAKAH BENAR, BID'AH ITU DIBAGI 2 (DUA) JENIS YAITU BID'AH SUNNAH DAN BID'AH HASANAH?


Disampaikan oleh:
Al Ustadz Muhammad Afifuddin as Sidawy Hafizhahullah



Kajian Islam Ilmiah ll Mencari hakekat hidayah ll Masjid Al Munawaroh ll Pamekasan - Madura ll 



Ringkasan Faedah 'Ilmiyah:


Jika kita kembalikan kepada hadits Nabi, kita akan dapati semua hadits Nabi menyebutkan bahawa setiap bid'ah itu adalah dholalah (sesat).

Sementara di kalangan ulama kita ada menggunakan lafaz-lafaz bid'ah ini tetapi bukan dalam perkara bid'ah. Ini sesuatu yang harus diluruskan dan difahami.

Hadits-hadits Nabi yang menyebutkan tentang bid'ah dan mensifatinya sebagai dholalah adalah terkait dengan bid'ah fi deen (bid'ah dalam perkara agama), bukan bid'ah dalam urusan duniawiyah.

Definisi bid'ah secara bahasa adalah sesuatu yang baru yang sebelumnya tidak ada. Dan ini bukanlah yang ingin dimaksudkan oleh Nabi dalam haditsnya.

Definis bid'ah secara agama (syar'i) adalah sebuah cara dalam agama yang diada-adakan (dibuat-buat), yang caranya itu mirip-mirip dengan syariat. Tujuannya untuk supaya lebih mantap dalam beribadah kepada Allah.

Di sini ada beberapa ketentuan yang perlu diperhatikan:
Pada urusan agama, bukan pada urusan dunia.
Dalam perkara agama, tidak dibenarkan untuk melakukan sesuatu yang baru. Dalam perkara dunia, selama ianya tidak memudharatkan, silakan untuk dia melakukan sesuatu yang baru, seperti membuat mobil (kereta), pesawat atau sebagainya.


Mirip-mirip dengan syariat.
Contohnya dalam hal puasa, zikir, sholat dan sebagainya. Ini adalah dalam perkara agama. Ada yang membezakan antara Sunnah dan Bid'ah, iaitu 6 perkara:

1. Kaifiyahnya atau Tatacaranya
Jika tatacaranya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.


2. Waktu Perlaksanaannya
Jika waktu perlaksanaannya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.


3. Tempat Perlaksanaannya
Jika tempat perlaksanaannya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.


4. Bilangannya
Jika bilangannya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.


5. Perkaranya atau Timbangannya
Jika perkaranya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.


6. Jenis 'Amaliyahnya
Jika jenis 'amaliyahnya sesuai dengan Rasul, maka ia Sunnah, selain itu bukan Sunnah, iaini Bid'ah.


Keenam-enamnya harus terpenuhi, jika satu tidak terpenuhi, maka ianya bukan Sunnah.

Contoh:
Jika seseorang sholat subuh 3 rakaat, maka ianya tidak sah, kerana amalan tersebut telah menyelesihi bilangan rakaat di dalam Sunnah. Maka ianya Bid'ah.


Sholat adalah ibadah yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam. Jika seseorang memulakan sholat dengan salam (atau amalan selain takbir), maka ianya adalah Bid'ah, bukan Sunnah.

WhatsApp طريق السلف ; (Malay)